Loading...

Guru ejen jayakan aspirasi pendidikan negara

Loading...
LANGKAWI 3 Mei - Pengulangan tema Guru Pembina Negara Bangsa buat kali keempat sempe­na sambutan Hari Guru 2017 membuktikan guru memainkan pe­ranan penting dalam menjayakan agenda pendidikan negara.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan, Aminudin Adam berkata, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek kognitif bagi memenuhi aspirasi pendidikan.

“Peranan guru dalam membina negara bangsa merujuk kepada melahirkan insan yang mempunyai jati diri beridentitikan Malaysia.

“Guru bertanggungjawab dalam melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahu­an, berketram­pilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta ber­­keu­pa­yaan men­capai ke­se­jah­tera­an diri dan mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmu­ran keluarga, masyarakat dan negara.

“Bagi menyempurnakan pe­ra­nan dalam membina negara bang­­sa yang berpengetahuan, gu­ru mes­ti menguasai disiplin ilmu yang diajar, menyampaikan ilmu secara kreatif dan inovasi selari dengan perkemba­ngan teknologi terkini termasuk menggunakan kaedah pembelajaran abad ke-21,” katanya di sini hari ini.

Menurut Aminudin, guru juga merupakan ejen penting dalam memperteguh peradaban bangsa melalui pendidikan.

“Peradaban bangsa di Malaysia akan terus utuh dan mantap apabila bidang pendidikan dapat memastikan generasi yang dilahirkan adalah holistik dan cemerlang yang mampu memenuhi keperluan kepesatan pembangunan negara dan global.

“Dalam konteks Malaysia, pera­daban bangsa mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang ber­akar nasional dan berakal internasional.

“Oleh itu, guru berperanan sebagai pembentuk masyarakat berilmu, berkeyakinan tinggi, mempunyai nilai etika yang kukuh dan mampu bersaing di peringkat global selain mementingkan perpaduan,” katanya.

Aminudin berkata, pera­daban bangsa boleh diperkukuhkan apabila guru melaksanakan pera­nan mereka untuk melahirkan modal insan yang memiliki kemahiran memimpin, hidup dalam masyarakat demokratik, adil, altruisme, liberal, bertolak ansur dan penyayang menerusi pelaksanaan transformasi pendidikan.

“Guru juga harus menggalas tugas berat melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khusus­nya dalam bidang sains, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemahiran berfikir aras tinggi serta berupaya berkomunikasi se­cara berkesan dalam pelbagai bahasa selain perlu mempunyai sahsiah positif.

“Oleh itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta mempunyai world class thinking.

“Matlamat dan dasar yang dihas­ratkan Kementerian Pendi­dikan dalam membina negara bang­sa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, ber­budaya saintifik serta bersatu-padu,” ujarnya.

Tambahnya, aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik.

Sumber: Utusan Online

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guru ejen jayakan aspirasi pendidikan negara"

Posting Komentar