Loading...

Hasil Tinjuan Bebas Yang Mengejutkan PAS

Loading...
Hasil Tinjuan Bebas Yang Mengejutkan PAS. Satu tinjauan seluruh negara yang dijalankan secara bebas mendapati PAS parti politik paling popular di negara ini, diikuti Barisan Nasional dan PKR.

Responden juga menyukai PAS mengetengahkan lebih ramai calon ulama dan menjadikan hudud sebahagian daripada manifesto parti itu.

Hasil Tinjuan Bebas Yang Mengejutkan PAS. Pada sidang media mengumumkan hasil tinjauan itu, ahli majlis tertinggi PPBM Rais Hussin berkata tinjauan tidak mengambil kira PPBM kerana ia digerakkan sebelum parti ditubuhkan secara rasmi pada September tahun lepas.

Tinjauan mengambil pandangan 3,000 orang di 30 kawasan Parlimen yang dimenangi BN dan pembangkang, termasuk Sabah dan Sarawak. Responden ditanya mengenai pendirian mereka mengenai parti politik.

Ketika ditanya adakah mereka menyokong PAS, 44.4% jawab sokong, sementara 38.9% tidak pasti dan 16.7% tidak.

Ditanya adakah mereka menyokong BN, 36.2% jawab sokong, 36.6% tidak pasti dan 27.7% tidak.

Hasil Tinjuan Bebas Yang Mengejutkan PAS


Mengenai PKR pula, 25.9% jawab sokong, 46.9% tidak pasti dan 27.2% tidak.

Responden juga ditanya adakah mereka menyokong DAP. Hanya 18% jawab sokong, 41.4% tidak pasti dan 40.6% tidak.

DAP merupakan parti pembangkang yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Malaysia iaitu 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi DUN.

Mengenai MCA dan MIC pula, responden rata-ratanya terbahagi antara “tidak pasti” dan “tidak”, dengan hanya 14.3% sokong MCA dan 11.4% sokong MIC.

Responden juga ditanya sama ada PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tinjauan mendapati 38.1% menyokong idea itu, 44.3% tidak pasti dan hanya 12.1% bantah.

Mengenai apa yang PAS perlu lakukan, 38.4% bersetuju parti itu perlu ketengahkan lebih ramai calon ulama, 35.2% bersetuju hudud perlu menjadi sebahagian daripada manifesto, dan 29.5% setuju PAS perlu bersendirian.

Hanya 21.1% bersetuju PAS bekerjasama dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad, sementara hanya 14.8% berkata mereka bersetuju PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Hasil Tinjuan Bebas Yang Mengejutkan PAS


Menyentuh mengenai kerjasama PAS dengan Dr Mahathir dan pembangkang, lebih ramai responden membantah daripada menyokong, walaupun majoriti tidak pasti.

PAS berikrar untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan, dan baru-baru ini berkata mereka tidak akan bekerjasama dengan PPBM, menyifatkan parti itu “tidak tentu arah”.

Parti Islam itu juga menepis dakwaan ia akan bekerjasama dengan BN, dan berkata ia akan bergerak melalui blok Gagasan Sejahtera yang dibentuk bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Bagaimanapun, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mempunyai pandangan tersendiri kepada tinjauan itu.

“Bermacam jenis tinjauan dikeluarkan sekarang ini. Pertama sekali bolehkah kita tentukan siapa yang bayar untuk tinjauan ini? Sesiapa sahaja boleh menjadikan dirinya digemari,” katanya di Twitter lewat malam tadi.

Hasil Tinjuan Bebas Yang Mengejutkan PAS. “Saya juga sedang menjalankan tinjauan; untuk mengetahui berapa ramai yang mahu kita menjadi sebuah negara Taliban. Selepas itu Lebih mudah untuk melihat siapa yang akan mendapat markah tertinggi sebagai PM.” - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hasil Tinjuan Bebas Yang Mengejutkan PAS"

Posting Komentar