Loading...
PUTRAJAYA 11 Mei – Satu kajian terhadap sistem pembelajaran prasekolah di Malaysia akan dijalankan dalam masa terdekat, melibatkan pakar pendidikan awal kanak-kanak bagi menambah baik kualiti pendidikan terhadap golongan itu.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun kurikulum prasekolah kementerian berada pada tahap memuaskan, namun perkara itu perlu terus ditambah baik bagi membentuk murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.
“Saya bersama kepimpinan kementerian akan duduk berbincang dengan pakar bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk melihat semula sistem pembelajaran dan kokurikulum yang ditetapkan.
“Selain menyediakan murid untuk memasuki tahun satu, penambahbaikan itu juga akan mengambil kira keseimbangan pembelajaran, fasiliti antara prasekolah di bandar dan luar bandar,” katanya selepas melakukan lawatan mengejut ke Prasekolah Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) di sini hari ini.
Yang hadir sama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.
Mahdzir memberitahu, kementerian berhasrat menambah prasarana prasekolah di seluruh negara yang bertujuan memperluaskan akses sistem pendidikan awal kanak-kanak kebangsaan.
Katanya, sehingga kini terdapat 200,000 kanak-kanak yang menghadiri sistem pendidikan prasekolah di 6,044 buah sekolah kebangsaan.
“Bermula tahun ini, buat julung kalinya kita bakal mewujudkan prasekolah di 50 sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT),” katanya.
Sumber: Utusan

0 Response to "Kajian tambah baik sistem pembelajaran prasekolah"
Posting Komentar