Loading...
Kalau Betullah SPR Ni Jahat Dakwa Pengerusi SPR. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersiap sedia untuk mengendalikan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekiranya diadakan pada bila-bila masa, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah.
Bagaimanapun menurut Hashim, cabaran berat yang dihadapi oleh SPR adalah persepsi negatif agensi tersebut di media sosial seperti Facebook dan Twitter seolah-olah SPR hanya berusaha untuk memberi kemenangan kepada satu parti politik sahaja.
Kalau Betullah SPR Ni Jahat Dakwa Pengerusi SPR. “Kalau betul SPR ini jahat, kenapa negeri-negeri yang kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang dapat kepada parti pembangkang? Kelantan pula 27 tahun dipegang oleh parti pembangkang.
“Saya tidak pernah meminta pengundi untuk mengundi mana-mana parti, tetapi saya hanya menyuruh mereka mengundi.”
Hashim juga berkata kini sudah menjadi trend bagi pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati untuk mengambil tindakan perundangan ke atas SPR.
“Sekarang sudah menjadi trend untuk membawa SPR ke mahkamah. Buat masa ini kita tidak boleh teruskan persempadanan di Selangor kerana kerajaan Selangor halang di Mahkamah,” kata beliau dilihat merujuk kepada kritikan pembangkang baru-baru ini, yang menyifatkan PRU14 akan menjadi pilihan raya paling kotor.
Kalau Betullah SPR Ni Jahat Dakwa Pengerusi SPR
Bagi Hashim PRU14 akan menjadi pilihan raya umum pertama sejak menerajui SPR tahun lalu.
Sejak 2008, Pulau Pinang dan Selangor ditadbir oleh pembangkang manakala Kelantan pula sejak 1990. Sebelum ini Kedah, Perak dan Terengganu juga ditadbir oleh pembangkang.
Kelmarin, ketik berucap pada majlis sambutan Umno yang ke-71, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno pimpinannya bersedia untuk menghadapi PRU14.
“Kita sudah cukup kuat atau tidak? Kita sudah bersedia atau tidak? Esok boleh bubar parlimen? Inilah semangat kita,” kata beliau.
Meskipun bila pilihan raya itu akan diadakan terus menjadi tanda tanya, ramai menjangkakan ia mungkin diadakan September atau Oktober ini.
Dalam pada itu, Hashim berkata, kesedaran rakyat untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara masih lagi rendah apabila masih ada 3.8 juta atau 21.1 peratus rakyat negara ini yang berumur 21 tahun ke atas dan layak mengundi belum lagi mendaftar sebagai pemilih.
Kata beliau, sehingga suku keempat 2016, hanya 14.2 juta warganegara mendaftar sebagai pengundi berbanding 18 juta jumlah keseluruhan warganegara yang layak mendaftar.
Kalau Betullah SPR Ni Jahat Dakwa Pengerusi SPR
Menurut Hashim, kesedaran tersebut juga kurang dalam kalangan pelajar universiti kerana dalam purata 5,000 pelajar berumur 21 tahun, hanya 2,000 atau 40 peratus sahaja mendaftar sebagai pemilih.
“Angka 3.8 juta tersebut adalah agak besar dan jika mereka tidak mendaftar, mereka tidak dapat mengundi dalam pilihan raya nanti.
“Bagi memastikan lebih ramai mendaftar, SPR dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi (EPU) turun padang dengan membawa karavan ke universiti dan ke pinggir bandar untuk membuka kaunter daftar pemilih.
Kalau Betullah SPR Ni Jahat Dakwa Pengerusi SPR. “Selepas ini, SPR juga pergi ke sekolah untuk memastikan guru turut mendaftar. Jika kita tidak agresif dan mengambil inisiatif untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi, angka tersebut mungkin akan meningkat lagi,” katanya dipetik Utusan Online.
Iklan
Loading...
0 Response to "Kalau Betullah SPR Ni Jahat Dakwa Pengerusi SPR"
Posting Komentar