Loading...

Kementerian Pendidikan perkenal anugerah Tokoh Guru Inovatif

Loading...
Foto via Utusan Online
LANGKAWI 3 Mei – Kementerian Pendidikan mengambil ini­siatif mewujudkan satu lagi penghargaan kepada warga pendidik de­ngan memperkenalkan kategori To­­koh Guru Inovatif sempena sam­butan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-46 di Johor Bahru, Johor pada 16 Mei ini.

Pengarah Bahagian Pengu­rusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Aminudin Adam berkata, kategori baharu itu diperkenalkan sebagai menghargai kreativiti dan inovasi guru dalam menghasilkan alat bantu mengajar untuk menarik minat pelajar.

“Ramai guru yang berjaya meng­hasilkan karya yang kreatif dan inovatif terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

“Kita boleh lihat pelbagai usaha dilakukan guru untuk mem­pelbagaikan cara mengajar di da­­­l­am kelas termasuk meng­­gunakan ba­han-ba­han yang krea­­tif sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas.

“Bagi menghargai usaha guru itu, Kementerian Pendidikan membuat ke­­­pu­tusan untuk mem­perkenalkan anugerah tersebut pa­da tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-46 yang bertemakan Gu­ru Pembina Negara Bangsa itu dijangka dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Sukan Educity di Johor Bahru dan dijangka dihadiri kira-kira 2,500 guru dari seluruh negara.

Menurut Aminudin, walaupun kate­gori Tokoh Guru Ino­vatif baru diper­kenalkan pada tahun ini, namun pihaknya menerima penca­lonan yang meng­ga­lakkan daripada pi­hak sekolah dan pejabat pendidikan daerah di seluruh negara.

“Anugerah ini ju­ga secara tidak langsung akan menggalakkan le­bih ramai guru untuk menjadi le­bih krea­tif ketika menyampaikan ilmu kepada pelajar terutamanya ketika Kementerian Pendidikan cuba menerapkan kaedah pembelajaran abad ke-21 yang bertumpu kepada murid pada masa ini.

“Selain itu, dua anugerah lain akan turut disampaikan dalam sambutan kali ini yang bakal dihadiri Timbalan Perdana Menteri nanti iaitu Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan,” ujarnya.

Aminudin memberitahu bahawa sambutan hari gu­ru peringkat kebangsaan kali ini akan disusuli sambutan di peringkat negeri dan sekolah yang mana tarikhnya akan ditentukan kemudian mengikut kesesuaian ma­sing-masing

“Selain program ke­muncak itu, kementerian juga akan mengadakan pelbagai program lain di Johor Bahru bermula 11 Mei hingga 16 Mei ini,” tambahnya.

Sumber: Utusan Online

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kementerian Pendidikan perkenal anugerah Tokoh Guru Inovatif"

Posting Komentar