Loading...
DULU MINTA MA'AF,
SEKARANGPUN MINTA MA'AF
ITU SEMUA TIADA HAL PUNYA !
LU ORANG BUAT BANYAK KALIPUN
TIADA HAL PUNYA, NANTI
MINTA MA'AF LA !
NANTI DEKAT PILIHANRAYA
LU ORANG TOLONG LA SAMA KITA !
-Pak Karamu-
Akhbar The Star mohon maaf
Muka hadapan The Star yang menjadi kontroversi.
SHAH ALAM - “Kami minta maaf,” berikut kenyataan akhbar The Star mengenai insiden muka depan yang menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan akhbar berkenaan telah memperjelaskan pihaknya tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam.
“Merujuk kepada muka depan akhbar The Star pada Sabtu, 27 Mei lalu, kami ingin menjelaskan bahawa sudah menjadi satu amalan di sini untuk menghormati hari pertama Ramadhan dan meletakkan gambar orang ramai mengerjakan solat terawih di muka depan akhbar.
“Bagaimanapun, muka depan akhbar tahun ini menjadi isu apabila tajuk utamanya berkaitan dengan ketua pengganas serta gambar umat Islam sedang mengerja solat terawih.
“Ini menyebabkan ramai yang tersalah anggap dengan perkara tersebut namun ingin ditegaskan bahawa perkara ini bukanlah dilakukan dengan sengaja,” tulis kenyataan tersebut.
[ARTIKEL BERKAITAN: KDN akan panggil The Star esok]
Semalam, muka depan akbar The Star memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan ibadah solat berjemaah beserta tajuk ‘Malaysian Terrorist Leader’.
Akhbar tersebut turut mengakui kekhilafan mereka dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
Loading...
0 Response to "MINTA MA'AF ? OK,OK TIADA HAL PUNYA !"
Posting Komentar