Loading...

MINYAK TURUN

Loading...
Minyak: RON97, RON95 turun 10 sen
Minyak: RON97, RON95 turun 10 sen
SHAH ALAM - Rakyat tidak perlu berebut untuk mengisi minyak hari ini kerana harga minyak disahkan turun sebanyak 10 sen bermula tengah malam ini.

Perkara tersebut disahkan menerusi akaun Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), hari ini.

Penetapan harga itu dijangka berterusan sehingga 10 Mei depan.

Harga runcit produk petroleum bagi RON97 (RM2.39 seliter) dan RON95 (RM2.11 seliter) manakala penetapan harga baharu bagi Diesel pula tidak dinyatakan setakat ini.

Minggu lepas, kementerian menetapkan harga runcit produk petroleum bagi 27 April hingga 3 Mei dengan kadar RON97 (RM2.49 seliter), RON95 (RM2.21 seliter) dan diesel pula ialah RM2.14 seliter.

Mulai 29 Mac lalu, kerajaan mengumumkan pe­netapan harga petrol dan diesel secara mingguan pada setiap Rabu bermula pukul 12.01 ­te­ngah malam bagi menggantikan mekanisme peng­umuman secara bulanan seperti sebelum ini
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MINYAK TURUN"

Posting Komentar