Loading...

Pemandu Bunyi Hon Ketika Solat Jumaat Mohon Maaf

Loading...
Pemandu Bunyi Hon Ketika Solat Jumaat Mohon Maaf. Abang kepada pemandu yang diserang di luar sebuah surau di Johor Bahru kerana membunyikan hon tanpa henti berkata, permohonan maaf sudah dibuat dan berharap isu itu dihentikan.

Toh Chai Chong, abang kepada pemandu Toyota Camry itu – Chai Eun memberitahu FMT hari ini, mereka mahu memperbaiki hubungan dengan wakil surau di Taman Austin Perdana dan berharap tiada lagi pertikaian awam berhubung isu itu yang berlaku minggu lalu.

Pemandu Bunyi Hon Ketika Solat Jumaat Mohon Maaf. “Kami menemui wakil surau semalam dan memohon maaf kepada mereka sebagai tanda gentleman,” kata Chai Chong.

Peniaga berusia 30 tahun itu berkata, beliau dan adiknya tidak mahu isu itu terus dibahaskan dan bertukar menjadi isu perkauman dan agama.

“Orang ramai di media sosial mengaitkannya dengan isu perkauman dan agama. Ia tiada beza daripada tindakan membuli dalam talian,” katanya.

Chai Chong berkata, sebagai ahli “Bangsa Johor” (rakyat Johor), mereka perlu belajar bagaimana untuk memaaf dan melupakan, serta lebih bertoleransi terhadap satu sama lain.


Pemandu Bunyi Hon Ketika Solat Jumaat Mohon Maaf


“Kami tinggal di Johor selama ini dan kami mempunyai kewajipan memastikan negeri kita aman,” katanya.

Sebelum ini, Chai Eun dilaporkan meminta maaf kerana membunyikan hon berulang kali selepas mendapati kedua-dua jalan di luar surau itu dihalang kenderaan yang menyukarkan pergerakan keretanya.

Driver-apologises1Pemandu itu berkata, beliau tidak berniat menyinggung perasaan sesiapa pun dengan tindakan itu dan membunyikan hon kerana sudah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebelum itu serta bergegas untuk menguruskan perkara penting.

Kejadian itu sempat dirakamkan orang awam dan videonya yang menjadi viral di laman sosial menunjukkan sekumpulan individu memukul pemandu terbabit setelah mangsa membunyikan hon ketika solat Jumaat sedang berlangsung.

Ada di antara mereka yang menendang keretanya, manakala seorang lagi lelaki berjubah putih dilihat memukul pemandu itu berulang kali dengan kon trafik, walaupun orang di sekeliling menasihatkannya bertenang.


Pemandu Bunyi Hon Ketika Solat Jumaat Mohon Maaf


Polis kemudiannya menahan 4 lelaki berusia 21 hingga 55 tahun atas dakwaan merusuh, sebelum membebaskan mereka selepas keterangan direkodkan.

Dalam pada itu, Chai Chong berkata, adiknya sudah dibenarkan keluar hospital dan sedang berehat di rumah selepas cedera dan calar di beberapa bahagian badan akibat serangan itu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemandu Bunyi Hon Ketika Solat Jumaat Mohon Maaf"

Posting Komentar