Loading...

Pendedahan Tengku Adnan Tengku Mansor

Loading...
Pendedahan Tengku Adnan Tengku Mansor. Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau menjangkakan lebih banyak perpecahan dalam kalangan pakatan pembangkang akan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, tindakan PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR sudah dapat dijangka memandangkan gabungan itu terbentuk kerana sikap ego. “Setiap parti pembangkang akan berpecah apabila hubungan mereka sudah tidak rapat.

Pendedahan Tengku Adnan Tengku Mansor.  “Mereka (pembangkang) membentuk parti kerana ego mereka. Apabila apa yang mereka ingin capai (apabila membentuk sesebuah pakatan) gagal, mereka akan membentuk satu lagi parti yang baharu.

“Apabila ada yang sudah tawar hati dan marah (apabila menubuhkan sebuah parti), bagaimana kita boleh percaya orang seperti ini. Oleh itu, saya percaya lebih banyak perpecahan akan berlaku,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perpecahan di antara PAS dan PKR.

Pendedahan Tengku Adnan Tengku Mansor


Kelmarin, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Nik Zawawi Salleh mengumumkan bahawa PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Keputusan itu dibuat selepas PKR melanggar banyak syarat kerjasama politik yang berdasarkan prinsip Islam.

Pendedahan Tengku Adnan Tengku Mansor. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN dan Umno akan menyusun semula jentera dan strategi politik bagi menghadapi senario baru politik berikutan perpecahan di antara PAS dan PKR, kerana dijangkakan lebih banyak pertandingan 3 penjuru akan berlaku dalam PRU14. - fmt



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pendedahan Tengku Adnan Tengku Mansor"

Posting Komentar