Loading...
Pesanan Akhir Arwah Norizman Ismail. Bintang sukan permotoran negara, Norizman Ismail, 32, sempat memberi pesanan akhir kepada isterinya supaya menghantar anak sulung mereka belajar di sekolah tahfiz.
Norizman, yang juga pelumba Yamaha ONEXOX TKKR Racing memberitahu perkara itu kepada isterinya, Nurul Aida Adha Radhuan, 27, sehari sebelum maut dalam kemalangan di litar perlumbaan Bandar Baru Kijal, petang kelmarin.
“Walaupun terkejut sebab arwah ubah fikiran secara tiba-tiba, tapi saya sangat setuju dengan permintaannya demi masa depan anak kami juga.
“Arwah juga ada tunjuk sikit perubahan sikap dua minggu lalu,” katanya yang tidak menyangka kelainan sikap itu petanda suaminya pergi buat selamanya.
Pada perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017, Nurul Aida bersama anak-anaknya turut datang menemani Allahyarham Nurizman.
Pesanan Akhir Arwah Norizman Ismail
Nurul Aida berkata, ketika kemalangan menimpa suaminya, dia bersama tiga anak mereka berada di tempat penginapan mereka di sebuah hotel di bandar Chukai.
Katanya, dia mengetahui suaminya terlibat dalam kemalangan selepas menerima panggilan telefon daripada rakan Allahyarham, kira-kira jam 4 petang.
“Arwah suami juga dah janji nak bawa kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran di bandar Chukai lepas jalani sesi ujian masa,” katanya yang reda dengan ketentuan Tuhan.
Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Pesanan Akhir Arwah Norizman Ismail. Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan untuk dikebumikan. - sinar
Loading...
0 Response to "Pesanan Akhir Arwah Norizman Ismail"
Posting Komentar