Loading...
Punca Bot KD Perdana Hilang Di Laut Tersebar. Kerosakan alat komunikasi dan kehabisan bekalan minyak merupakan antara punca awal yang dikenal pasti menyebabkan bot kapal KD Perdana terputus hubungan dengan kapal induknya dalam kejadian yang berlaku di perairan Sedili, Johor Sabtu lepas.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk merumuskan tentang punca sebenar ia berlaku.
Punca Bot KD Perdana Hilang Di Laut Tersebar. “Mereka terputus hubungan ketika melakukan operasi untuk mengusir bot nelayan asing…kita tidak dapat jelaskan secara terperinci puncanya dan kita sudah pun menubuhkan sebuah lembaga siasatan bagi menyiasat perkara ini.
“Ini termasuk meneliti bagaimana alat komunikasi tidak berfungsi dan puncanya. Untuk itu, seorang pegawai kanan akan mengetuai lembaga siasatan ini dengan disertai beberapa anggota untuk mengetahui punca dan tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) Pangkalan TLDM Tanjung Gelang selepas menyambut ketibaan 9 kru bot kapal KD Perdana yang hilang dalam kejadian berkenaan, di sini hari ini.
Punca Bot KD Perdana Hilang Di Laut Tersebar
Dalam kejadian Sabtu lepas, KD Perdana terputus hubungan dengan bot kapal miliknya yang membawa Tim Menggeledah terdiri daripada seorang pegawai dan lapan anggota LK ke bawah, ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili.
Ahmad Kamarulzaman berkata bot kapal berkenaan ditemui pada 5.40 petang semalam selepas 51 jam dilaporkan hilang dari perairan Sedili pada 1 tengah hari Sabtu lepas.
Ia ditemui pada kedudukan 87 batu nautika dari timur Tanjung Gelang oleh sebuah ejen perkapalan yang berpusat di Kemaman, Terengganu iaitu hanyut sejauh 108 batu nautika dari lokasi terakhir ia dikesan.
Punca Bot KD Perdana Hilang Di Laut Tersebar
Berikutan itu, katanya aset permukaan TLDM digerakkan ke lokasi penemuan dan kapal KD Perdana ditugaskan untuk membawa pulang semua anak kapal berkenaan ke Pangkalan Tanjung Gelang dan tiba pada 10.00 pagi tadi.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti mendoakan keselamatan kesemua anak kapal serta penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Punca Bot KD Perdana Hilang Di Laut Tersebar"
Posting Komentar