Loading...

Rafizi dakwa 2 pemimpin Umno ada kaitan dengan wakil Godfrey Group

Loading...
 
Ahli Parlimen Pandan itu melampirkan beberapa keping gambar menunjukkan 2 pemimpin Umno bersama seorang individu yang didakwa menandatangani kontrak melobi bagi pihak Godrey Group


rafizi-shahrir-jazlan

PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini meminta 2 pemimpin Umno membuat kenyataan sama ada mereka mempunyai kaitan dengan usaha menggunakan Godfrey Group Limited untuk membayar AS$250,000 (RM1.07 juta) kepada bekas pegawai kempen Presiden Donald Trump untuk melobi kepentingan negara.

Ahli Parlimen Pandan itu dalam kenyataannya mendakwa Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Seri Nur Jazlan Mohamad mengenali individu bernama Florence Goh, yang sebelum ini didakwa Rafizi menandatangani kontrak melobi bagi pihak Godfrey Group.

Rafizi kemudian melampirkan beberapa keping gambar menunjukkan Shahrir atau Jazlan bersama Florence di beberapa program perasmian di Johor Bahru.

Rafizi juga mendakwa Florence adalah presiden badan bukan kerajaan Care United Johor Baharu, dan mendakwa penasihat NGO itu ialah Shahrir.

“Saya menyeru Shahrir dan Jazlan membuat kenyataan kerana rakyat berhak tahu apakah kaitan Goh dengan pimpinan Umno sehingga dia boleh mengaku mewakili kerajaan berurusan dengan pelobi di Amerika Syarikat (AS)?

“Jika dia benar-benar menggunakan nama Malaysia seperti dalam penafian pejabat perdana menteri, maka Nur Jazlan sebagai timbalan menteri dalam negeri sepatutnya menjadi orang pertama mengarahkan tindakan undang-undang diambil terhadap Goh,” katanya.

Portal berita AS The Daily Beast melaporkan syarikat The 45 Group milik Healy Baumgardner-Nardone yang pernah menyertai pasukan kempen Trump mengisytihar menerima RM1.07 juta daripada sebuah syarikat beralamat di Johor Bahru dan juga pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Pengisytiharan itu wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Menurut borang rasmi yang difailkan Nardone, bayaran itu dibuat pada 9 Mei 2017.

Portal itu turut melaporkan Malaysia kini berdepan 2 isu dalam hubungannya dengan Washington iaitu tuduhan Malaysia terlibat amalan perdagangan berat sebelah yang merugikan AS dan tindakan pihak berkuasa AS berkenaan skandal 1MDB.

Sebelum ini, Rafizi mempersoalkan keperluan pentadbiran Najib melobi Trump dan menuntut Najib mendedahkan siapa pemilik Godfrey Group.

Menurutnya, carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu tidak wujud, sebaliknya terdapat sebuah syarikat yang hampir serupa namanya didaftar dan dimiliki seorang lelaki Cina berusia 70 tahun.

Sementara itu, FMT masih sedang berusaha mendapatkan komen daripada Shahrir dan Jazlan berhubung dakwaan Rafizi itu.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rafizi dakwa 2 pemimpin Umno ada kaitan dengan wakil Godfrey Group"

Posting Komentar