Loading...
Hubungan baik Umno-Pas bantu kembali sokongan
International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Bernama photo
JELI - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui hubungan baik antara parti itu dan Pas membantu mengembalikan sokongan rakyat.
Menurutnya, hubungan baik antara kedua- dua parti menyebabkan ketegangan dalam masyarakat semakin reda malah mereka juga sedar betapa pentingnya bersatu.
"Kalau dulu tuduh menuduh begitu serius, pergeseran dalam masyarakat, kafir mengkafirkan, pulau memulau begitu ketar, sekarang alhamdulillah, sudah reda dan ia hasil yang baik kerana orang Islam mahu melihat penyatuan antara mereka bukan sahaja di Kelantan malah seluruh negara.
Menurutnya, kerjasama di Kelantan telah dimulakan dua tahun lalu ketika bersama- sama menyelesaikan isu banjir yang melanda negeri.
"Kita sedar usaha ini (penyatuan) dialu-alukan oleh masyarakat sebab jita nak kerja, kita nak mara dan maju, jadi tak ada pilihan lain kecuali dengan bersatu," katanya.
Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai tsunami Melayu dan Umno yang diramal berlaku pada PRU14, Mustapa berkata, beliau dapat melihat kebangkitan semangat ahli parti yang dianggap luar biasa itu.
Menurutnya, ia menggambarkan orang Melayu semakin insaf dan sedar bahawa mereka perlukan sebuah kerajaan yang kuat, kukuh serta stabil.
"Umno terbukti bawa manfaat kepada orang Melayu yang telah berjuang demi agama bangsa dan negara. Orang Melayu semakin sedar mereka perlu dapat naungan dari parti yang ada track rekod yang mantap, "katanya.
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, walaupun tidak dapat membuat ramalan tepat tetapi daripada program yang dilakukan pihaknya mendapati sambutan terhadap parti itu berbeza (lebih baik) antara PRU13 dan PRU14.
Loading...
0 Response to "SEKARANG POLITIK MATANG, CUMA JAGA MULUT"
Posting Komentar