Loading...
Sindiket Jual MC Palsu Tumpas. Polis Johor menumpaskan satu sindiket pemalsuan sijil cuti sakit yang menyerupai sijil dikeluarkan Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas menahan 4 lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar bandar raya itu, baru-baru ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor ACP Mohd Salleh Abdullah, semua yang ditahan berumur dalam lingkungan 28 dan 37 tahun itu dipercayai dalang sindiket berkenaan.
Sindiket Jual MC Palsu Tumpas. Beliau berkata, serbuan bermula 3 Mei hingga 5 Mei lalu diadakan di beberapa tempat, iaitu Tampoi, Kampung Melayu Majidee, Taman Bukit Kempas dan Taman Desa Johor Bahru.
“Hasil siasatan polis mendapati sindiket ini aktif selama setahun dan menjual sijil palsu berkenaan pada harga RM25.
“Kegiatan sindiket ini terbongkar apabila seorang majikan tampil ke HSA untuk membuat pengesahan sijil berkenaan dan hasil penelitian pihak HSA mendapati sijil berkenaan adalah palsu berdasarkan nombor siri dan rekod hospital,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Menurut Salleh, semua suspek kini direman di mana 2 suspek ditahan sehingga hari ini dan 2 lagi ditahan sehingga esok. Tempoh reman akan dilanjutkan bagi membolehkan polis menjalankan soal siasat untuk mengesan saki-baki ahli sindiket tersebut.
Sindiket Jual MC Palsu Tumpas
“Dua daripada suspek yang ditahan bekerja sebagai pembantu restoran, seorang sebagai penyelenggara pendingin hawa dan seorang lagi bekerja di sebuah syarikat percetakan. Kita percaya mereka adalah ‘kepala’ sindiket ini dan polis masih menyiasat jika ada ahli lain terlibat dalam kumpulan ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, polis juga merampas peralatan dan barangan yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan sijil palsu berkenaan, antaranya 69 keping sijil cuti sakit palsu bernombor, 5 keping sijil palsu bercop pegawai perubatan, 7 keping sijil tidak bernombor, sekeping kertas pendua, 6 cop nama doktor, 1 cop “Pegawai Perubatan HSA” palsu, 1 cop “Pegawai Perubatan Klinik Pesakit Luar Jalan Mahmoodiah” palsu dan 59 kulit buku sijil cuti sakit warna kuning.
Selain itu, pihaknya juga merampas beberapa barangan lain seperti 1 paket plastik lutsinar berisi dadah jenis ganja, 1 buku lima, 4 telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Proton Persona.
Menurutnya lagi, hasil siasatan polis mendapati sindiket ini menjual sijil cuti sakit kepada warganegara Malaysia yang bekerja di jabatan kerajaan dan swasta di sekitar Johor Bahru dan Singapura.
Sindiket Jual MC Palsu Tumpas
“Modus operandi mereka adalah menjual sijil cuti sakit palsu yang mempunyai cop nama doktor dan pembeli hanya perlu mengisi sendiri tarikh cuti. Daripada 6 cop nama doktor yang dirampas, hanya 1 cop mempunyai nama hampir sama dengan seorang doktor di HSA dan cop tersebut juga tidak sama dengan cop asli,” kata Salleh.
Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati tiada kakitangan hospital terlibat dengan kegiatan itu dan tangkapan itu merupakan yang terbesar melibatkan kes pemalsuan sijil cuti sakit dilaporkan HSA.
Kes disiasat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan kerana memalsukan Rekod Mahkamah atau Daftar Beranak Awam yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Sindiket Jual MC Palsu Tumpas. Ia juga disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Sindiket Jual MC Palsu Tumpas"
Posting Komentar