Loading...
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Presiden Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua di Dewan Negara hari ini.
Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S. A. Vigneswaran.
Majlis pada hari ini juga menyaksikan dua muka baharu mengangkat sumpah sebagai Senator iaitu Ketua UMNO Bahagian Segamat, Zahari Sarip dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias.
Loading...
0 Response to "Asyraf Wajdi, Kui Hian dilantik semula"
Posting Komentar