Loading...
1. Apabila SR berjaya kumpul RM160,000 dlm tempoh 3 hari drpd 615 penderma, utk melawan saman Pas, padahal SR bukanlah sebuah pertubuhan politik atau sosial, banyak perkara boleh difahami daripadanya. Bagi saya, ini suatu kejayaan besar kpd SR.
2. Idris kata, ini pakatan moden peringkat antarabangsa nak padamkan cahaya Pas. Sebenarnya, nak padamkan cahaya Pas tak perlukan pakatan antarabangsa pun. Di Perlis cahaya Pas dah banyak terpadam akibat cawangan Pas dah mati. Semua itu berlaku tanpa keluar 1 sen pun.
3. Kejayaan SR itu membuktikan, dunia nak tahu apa yg berlaku kpd skandal itu. Siapa terima duit itu? Betulkah parti Islam terima? Kemana lagi duit itu mengalir? Najib terlibat atau tidak? Dan, kita harap banyak lagi yg akan terbongkar dalam mahkamah nanti.
4. Bagus Pas saman SR yg akan menyelongkar banyak perkara tersembunyi. Bagus juga SR kaitkan Pas dgn isu ini supaya rakyat Malaysia tahu siapa pemimpin Pas yang sebenar.
5. Jika cahaya Pas terpadam pun tidak mengapa sebab Pas bukan matahari. Bulan pun bukan. Ia hanya salah satu drpd jutaan lampu yg wujud utk beri cahaya kpd umat sebelum ini, tapi bukan sekarang.
6. Bahkan lebih elok jika cahaya Pas terpadam sebab kebelakangan ini Pas jadi cahaya kpd BN yg berada dlm kegelapan. Daripada biarkan Pas beri cahaya kpd BN, lebih baik Pas padam terus. ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Loading...
0 Response to "BAGUSLAH CAHAYA PAS PADAM"
Posting Komentar