Loading...
AS mahu hantar 4,000 tentera tambahan
Amerika Syarikat
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) akan menghantar kira-kira 4,000 tentera tambahan termasuk ratusan anggota pasukan khas ke Afghanistan, menurut Pentagon, kelmarin.
Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis dijangka membuat pengumuman itu pada minggu depan.
Sebelum ini, Washington telah menyatakan keperluan untuk memberikan peranan lebih besar terhadap tentera AS di Kabul sebagai usaha menggesa kumpulan Taliban untuk kembali ke meja rundingan.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 8,400 tentera AS di Afghanistan bersama 5,000 anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).
Difahamkan, negara Nato juga bercadang untuk menghantar 5,000 tentera tambahan ke Kabul. - Press TV
Loading...
0 Response to "HANTAR TENTERA KUFFAR KE NEGARA UMAT ISLAM UNTUK MAIN TEMBAK-TEMBAK"
Posting Komentar