Loading...
KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel turun lagi bermula 12.01 tengah malam ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga baru petrol itu di laman Twitter sebentar tadi.
Bagi tempoh 29 Jun sehingga 5 Julai, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak dua sen.
Penurunan itu menjadikan harga baru mingguan bagi RON95 sebanyak RM1.89 seliter berbanding RM1.91 seliter minggu lalu.
Harga RON97 pula berada pada kadar RM2.15 seliter untuk minggu ini berbanding minggu sebelumnya iaitu RM2.17 seliter.
Harga jualan diesel turun 4 sen ke RM1.84 seliter.
Loading...
0 Response to "Harga petrol, diesel turun lagi"
Posting Komentar