Loading...

HAWK 108 DAH JUMPA

Loading...

Rangka Hawk 108 terhempas ditemui
Rangka Hawk 108 terhempas ditemui
Rangka pesawar pejuang Hawk 108 dikesan di Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada jam 10.27 pagi tadi. 
 
KUALA LUMPUR – Rangka pesawat pejuang Hawk 108 telah ditemui selepas usaha mencari dan menyelamat oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan pesawat helikopter EC725 yang bersambung pada jam 7.00 pagi hari ini.
TUDM dalam satu kenyataannya berkata, kedudukan rangka pesawat yang terhempas semalam berdekatan dikesan di Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada jam 10.27 pagi ini.

Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat telah mengesahkan pesawat malang tersebut.
"Tindakan memasang perimeter keselamatan bagi tujuan penyiasatan serta keselamatan telah dilaksanakan dan TUDM kini dalam usaha mengeluarkan rangka pesawat tersebut.

"Lembaga Penyiasatan yang diketuai oleh Leftenen Kolonel A John Sham dari TUDM bersama tiga pegawai telah berada di lokasi untuk menjalankan penyiasatan yang telah bermula dari semalam," katanya.

Pesawat Hawk 108 yang dilaporkan hilang pagi semalam itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu petang semalam.

Jasad kedua-dua juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof , 39, dan Mejar Hasri Zahari, 31, ditemukan pada 2.30 petang semalam kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "HAWK 108 DAH JUMPA"

Posting Komentar