Loading...

Kebanyakan guru 'memberi' rasuah BUKAN menerima rasuah?

Loading...
Gambar hiasan

Saya setuju jika pengisytiharan harta dibuat. Malah sudah pun dilaksanakan dimana guru-guru mesti isytiharkan harta setiap 5 tahun sekali.

Cuma jika dilihat gaya hidup guru yang mungkin agak mewah sebenarnya bukan bermakna mereka mengamalkan rasuah. Mungkin ada yang terlibat dengan perniagaan sebagai mencari pendapatan sampingan. Mungkin ada yang terlibat dengan tuisyen untuk membantu pelajar memperkukuhkan ilmu mata pelajaran. Ada juga yang berniaga secara atas talian.

Saya kira bukan guru sahaja...malah profession lain pun ada sumber pendapatan kedua seperti menjadi ejen insuran dan lain lain.

Namun bila mendengar perkataan RASUAH untuk dikaitkan dengan guru guru biasa sememangnya tidak signifikan.
Tajuk berita yang menjadi viral berkenaan
rasuah guru via sistemguruonline.my

Jika ada pun ia memang selalu berlaku BILA GURU YANG MEMBERI RASUAH BUKAN MENERIMA RASUAH.

1. Guru selalu rasuah murid yang berjaya jawab soalan dengan memberikan pensil atau buku cerita sebagai galakan.

2. Guru selalu keluarkan wang sendiri dan melaburkan di kelas kelas untuk menceriakan kelas sebagai cara nak mengumpan murid supaya suka datang ke sekolah.

3. Guru juga adalah pegawai yang sering menyalahgunakan harta persendirian untuk digunakan demi kepentingan murid seperti membawa murid bertanding di sukan atau aktiviti ko kurikulum.

4. Belum lagi guru guru menggunakan hak persendirian seperti melabur 5 peratus atau 10 peratus dari gajinya untuk membeli kertas A4 dan pen marker serta membuat alat bantu mengajar demi memastikan murid murid belajar dengan baik.

Mungkin itulah RASUAH yang dibuat oleh guru agaknya.

Oleh itu mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan supaya guru guru ini diberi pelepasan cukai alatulis kerana sudah banyak pengorbanan yang dibuat oleh mereka demi anak didik. Jadi tak moleklah nak kaitkan profesion ini RASUAH.

Mungkin ada kes terpencil tapi tidak mengambarkan keseluruhan. Walaupun kita bukan maksum marilah kita sama sama menjaga nama baik profession ini agar terus dipandang tinggi.

Sekadar pendapat saya

Cikgu Emmet

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kebanyakan guru 'memberi' rasuah BUKAN menerima rasuah?"

Posting Komentar