Loading...

Naik kereta MB Terengganu adalah ‘politik matang’, kata pemimpin Ulama PAS

Loading...
 
Wakil rakyat Kuala Nerus itu berkata kemesraan sama masih berterusan dengan rakan lama PAS dari Pakatan Harapan.


pas-naik-kereta-mb-terengganu 

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Dewan Ulama PAS yang dikritik kerana menaiki kereta bersama-sama Menteri Besar Tengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman baru-baru ini berkata ia merupakan contoh “politik matang”, istilah yang digunakan pimpinan tertinggi parti Islam itu bagi menyifatkan hubungan lebih rapat dengan Umno.

Ketua Penerangan sayap itu, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kemesraan pemimpin PAS dan Umno hanya melibatkan kepentingan rakyat dan sikap itu sejajar dengan agenda mengelakkan permusuhan dalam semua perkara.

“Itu perbezaan PAS dalam berpolitik, kita tidak boleh ikut cara Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.

“Politik demokrasi mengajar kita boleh berurusan dengan kerajaan dalam perkara melibatkan maslahah rakyat,” kata ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Khairuddin menaiki kereta bersama Razif selepas selesai program majlis penyerahan projek pembangunan jambatan ke Pulau Sekati yang merupakan sebahagian Kuala Nerus.

“Kemesraan itu biasa, aadakah Pakatan Harapan mahu bermasam muka dan ‘bergocoh’ (bergaduh) dalam perkara bila berada dalam satu majlis dengan pemimpin kerajaan? Itu satu kebodohan yang sangat nyata,” katanya kepada FMT.

Difahamkan Razif mempelawa Khairuddin menaiki kenderaan bersama beliau selepas selesai program itu.

Aksi mesra sedemikian bukan kali pertama melibatkan kedua-dua pemimpin Umno dan PAS.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beberapa kali berkongsi pentas, dengan alasan ia atas kepentingan bersama umat Islam.

Khairuddin berkata walaupun PAS dan Umno dilihat sepentas, ia tetap menganggap Umno sebagai musuh politik dan lawan utama semasa plihanraya.

“Seperti mana yang ditegaskan, kita tidak akan bergabung dengan Umno, kita hanya boleh berkerjsma dengan kerajaan melibatkan perkara kebaikan rakyat.

“PAS menegaskan kita bertanggungjawab memimpin masyarakat pada politik yang baik, politik matang bukan politik bertengkar leher semata-mata,” katanya.

Khairuddin berkata PAS akan menunjukkan kemesraan sama terhadap pemimpin Pakatan Harapan.
“Kita menjaga persaudaraan tapi kita berbeza pandangan. Kita kritik pada pandangan berbeza, pengkhianatan Amanah ditegaskan tetapi ia tidak mengganggu hubungan persaudaraan sesama manusia.

“Kita juga mendesak kerajaan supaya matang dalam berpolitik untuk negara demokrasi dalam memberi keadilan kepada wakil rakyat pembangkang,” katanya.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Naik kereta MB Terengganu adalah ‘politik matang’, kata pemimpin Ulama PAS"

Posting Komentar