Loading...

Penggabungan RHB Bank Dan AmBank Bakal Saksikan Beribu Hilang Pekerjaan

Loading...
Penggabungan RHB Bank Dan AmBank Bakal Saksikan Beribu Hilang Pekerjaan. Dua pakar ekonomi memberi amaran penggabungan yang bakal berlaku antara RHB Bank Berhad dan AMMB Holdings Berhad atau AmBank akan menyaksikan beribu-ribu kakitangan hilang pekerjaan.

Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng berkata pemberhentian kerja di bawah iklim ekonomi semasa akan menimbulkan masalah kepada mereka yang diberhentikan kerja.

Penggabungan RHB Bank Dan AmBank Bakal Saksikan Beribu Hilang Pekerjaan. “Walaupun ekonomi negara dalam proses pemulihan namun ia tidak pada kadar yang boleh menjana peluang pekerjaan yang mencukupi. Akan ada cabaran pekerjaan,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Yeah dan Prof Hoo Kee Ping yang juga pengarang beberapa buku ekonomi berkata kebanyakan pekerja yang terjejas boleh dilatih dan ditugaskan untuk bekerja di bahagian jualan dan operasi perbankan atas talian.

Hoo berkata juruwang dan pengendali kaunter lain terdiri daripada pekerja bank.

“Tetapi terdapat keperluan tenaga jualan dalam bank. Kebanyakan bank sekarang melatih juruwang mereka untuk melakukan jualan,” katanya.

Beliau menggesa kedua-dua bank berkenaan melatih pekerja mereka yang terjejas melakukan tugas jualan atau menawarkan mereka skim pengasingan sukarela yang akan memberikan peluang kepada mereka untuk belajar kemahiran baru.

Penggabungan RHB Bank Dan AmBank Bakal Saksikan Beribu Hilang Pekerjaan


Beliau juga berkata pekerja boleh dilatih untuk bekerja dalam sektor pertumbuhan baru yang mempunyai potensi yang kuat seperti teknologi kewangan (FinTech), perbankan atas talian, pengurusan kekayaan dan pelaburan insurans perbankan.

Khamis lalu, RHB dan AmBank mengumumkan Bank Negara Malaysia meluluskan hasrat mereka untuk memulakan perbincangan bagi tujuan penggabungan.

Sumber dipetik Reuters berkata RHB akan menjadi pemeroleh dalam penggabungan berpotensi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM38.59 bilion).

Reuters menambah kedua-dua bank tersebut mempunyai sejumlah 25,000 pekerja apabila bergabung.

Hoo berkata bank berkenaan sudah menutup beberapa cawangan perbankan atas talian dan menumpukan kepada sumber ke atas FinTech.

Beliau menambah, banyak bank dijangka menyusutkan pekerjaan dalam tahun akan datang jika mereka menceburi FinTech.

Penggabungan RHB Bank Dan AmBank Bakal Saksikan Beribu Hilang Pekerjaan


Beliau mencadangkan RHB dan AmBank menumpukan kepada sektor pertumbuhan tanpa faedah untuk mengurangkan pertindihan kerja. Sektor ini meliputi jualan, perkhidmatan atas talian dan pengurusan kekayaan dan aset.

Yeah menasihati pekerja bank lebih banyak belajar bidang teknologi untuk mencari peluang baru atau terlibat dalam FinTech dengan berkata terdapat permintaan yang tinggi untuk pekerja dalam sektor itu.

Beliau juga berkata mungkin tidak perlu bagi RHB dan AmBank mengurangkan sebilangan besar pekerjaan jika mereka mengambil keputusan untuk memanfaatkan kemahiran dan kecekapan pekerja mereka yang sedia ada.

Penggabungan RHB Bank Dan AmBank Bakal Saksikan Beribu Hilang Pekerjaan. “Entiti baru boleh menumpukan kepada peruncitan, pinjaman korporat, pengurusan kekayaan peribadi atau perbankan Islam,” katanya sambil menambah ia juga boleh menimbang untuk memperluaskan perkhidmatan perbankan Islam di luar negara. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penggabungan RHB Bank Dan AmBank Bakal Saksikan Beribu Hilang Pekerjaan"

Posting Komentar