Loading...

QATAR WAJIB TUDUH AMERIKA PECAHBELAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM

Loading...
SEJAK AWAL DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN AMERIKA,
SUDAH MENAMPAKKAN PRESIDEN INI ANTI ISLAM, 
KEBETULAN ORANG-ORANG ARAB MEMANG MUDAH
DIPENGARUHI OLEH ORANG BARAT MACAM
MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB, INI BUKAN CERITA BARU.

APABILA AMERIKA TUDUH QATAR. MAKA QATAR JUGA BOLEH TUDUH AMERIKA SEBAGAI
ANTI ISLAM DAN SEKALI GUS BERCITA-CITA
HENDAK MEMBUNUH UMAT ISLAM.

ZAMAN OBAMA TIDAK TIMBUL TUDUHAN INI
KENAPA ? APA OBAMA BUTA PENGGANAS ?
 
KITA UMAT ISLAM SENTIASA MENGIKUTIERKEMBANGAN YAHUDI DAN NASORO
MELALUI AL QURAN.
 
 
-Pak Karamu-


 
 
 
 
Qatar nafi badan kebajikan biayai pengganas
Qatar
DOHA - QATAR. Penyelia Rasmi Badan Amal Qatar menafikan bahawa kumpulan dermawan itu menyokong pengganas, lapor The Star Online.

Kelmarin, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir mendedahkan puluhan individu dan badan amal ada hubung kait dengan senarai pengganas.

Arab Saudi dan sekutunya turut mengenakan sekatan ekonomi dan diplomatik ke atas Qatar minggu lalu dengan alasan negara itu terlibat dengan kumpulan militan namun tuduhan tersebut disangkal Doha.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengawal Seliaan Aktiviti Dermawan berhubung perkara tersebut.

“Pihak kami kesal dengan tuduhan bahawa pertubuhan kemanusiaan Qatar menyokong keganasan.

“Pihak berkuasa telah berjaya melindungi badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Doha daripada risiko dieksploitasi untuk memberi bantuan kewangan kepada pengganas,” katanya.

Sementara itu, Jumaat lalu, Presiden Amerika Syarikat menuduh Qatar menjadi penaja utama pengganas malah beliau menyokong penuh usaha negara-negara Arab memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar.

“Kita perlu hentikan pembiayaan keganasan. Saya membuat keputusan, sudah tiba masanya untuk Qatar menghentikan pembiayaan,” katanya kepada pemberita.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "QATAR WAJIB TUDUH AMERIKA PECAHBELAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM"

Posting Komentar