Loading...

[RASUAH, TERTEKAN, PENGORBANAN] Kesian Polis Sentiasa Jadi Sasaran PERSEPSI

Loading...




SEMALAM aku membaca kisah seorang pegawai polis yang meninggal dunia di Kelantan akibat tembakan di kepalanya. Kalau ikut laporan akhbar, arwah pernah memberitahu keluarganya yang dia tertekan dengan tugasannya. Siasatan sebenar punca kejadian macam manapun sedang berjalan.

Semalam juga aku membaca kisah sepasukan anggota khas polis diserang sebelum mereka berjaya menembak mati tiga penjenayah tegar dalam insiden berbalas tembak di Tangkak, Johor.

Dan beberapa hari sebelumnya aku membaca kisah ketua polis daerah dan pegawai kanan polis di Melaka ditangkap oleh SPRM kerana disyaki mengambil rasuah.

Baik, antara rasuah, stress dan pengorbanan...

Menjadi anggota polis, sama ada di Batang Lupar, Sarawak atau di Los Angeles, Amerika Syarikat, dari Tasek Malaya, Indonesia membawa ke Vladivostok, Rusia - bukan satu pekerjaan yang mudah.

Selain menjadi sasaran penjenayah, mereka juga menjadi sasaran 'persepsi' daripada orang awam.

Kalau berharta sedikit, dikata makan rasuah. Kalau garang sedikit, dianggap samseng. Kalau kasar sedikit, dianggap kurang ajar. Kalau menembak, dianggap 'penjenayah berlesen'.

Kalau bersopan santun, dianggap lembik. Kalau bertolak ansur, dianggap 'boleh kowtim', kalau berdiplomasi, dianggap penakut.

Kalau bertegas dengan orang Melayu, dikata tak bantu bangsa sendiri. Kalau bertegas dengan kaum lain, dianggap perkauman.

Tetapi nak salah masyarakat sepenuhnya pun tak boleh juga. Di saat ada pegawai dan anggota polis berkorban masa dan nyawa untuk membanteras jenayah, ada juga rakan mereka yang masih 'makan suap'. Di saat ada pegawai dan anggota mereka yang jujur dan berhemah, masih ada yang lalai dan cuai. Di saat ada pegawai dan anggota mereka yang bertugas dengan penuh integriti dan berdedikasi, masih ada yang membuat onar dan memalukan panji pasukan sendiri.

Actually dalam mana-mana organisasi pun masalah yang sama tetap ada. Namun, masalahnya masyarakat tak boleh menerima perkara tersebut jika terjadi dalam PDRM. 
Masyarakat mahu PDRM tegas, adil dan berhemah! 
Masyarakat mahu PDRM mesra, cepat dan betul!

Jadi pada yang dah ada dalam pasukan atau berkira-kira hendak menjadi sebahagian daripada mereka yang dalam panji Sang Saka Biru, inilah cabaran paling besar buat mereka.

Bekerja dalam tekanan, bekerja dalam imbuhan yang tak seberapa, bekerja dalam bahaya, bekerja dalam suasana yang tidak selesa...itu adalah ramuan dan rempah ratus yang terpaksa mereka lalui kalau mahu bergelar polis.

Namun percayalah, inilah tugas yang sangat mulia dan besar ganjarannya di sisi Tuhan.

Jadi tepuk dada tanya selera.

Teruskan berjuang demi agama, bangsa dan negara atau undur diri saja, andai itu pilihan terbaik yang ada. 

Wallahualam.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[RASUAH, TERTEKAN, PENGORBANAN] Kesian Polis Sentiasa Jadi Sasaran PERSEPSI"

Posting Komentar