Loading...
Foto via Free Malaysia Today |
Mereka beranggapan guru tidak memainkan peranan mereka yang sepatutnya hingga menyebabkan kematian mangsa-mangsa buli tersebut.
Tekanan demi tekanan dilemparkan ke atas guru hinggalah menterinya sendiri mengeluarkan satu kenyataan yang menegur segelintir umat yang tidak henti-henti menuding jari.
Dato Seri Mahdzir Khalid melalui laman FB beliau berkata, bukan masanya untuk saling menuding jari mencari salah siapa TERUTAMANYA para guru di sekolah. Tetapi inilah masanya kita bersama-sama mencari dan melaksana kaedah pencegahan.
Masyarakat perlu menyalurkan maklumat yang proaktif bagi mengekang kejadian buli daripada berlaku atau melaporkan perbuatan buli melalui saluran yang telah disediakan.
Mendidik masyarakat tentang buli pula bukan hanya tanggungjawab pihak kerajaan, malah ibu bapa, komuniti setempat, pihak media, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan, alumni dan sebagainya atas dasar kebersamaan demi melindungi setiap ahli masyarakat.
Tanggungjawab bagi melaksanakan hukuman terhadap pembuli ( peringkat sekolah ) jika didapati bersalah, kita laksanakan mengikut panduan dan peraturan sedia ada.
Manakala bagi perbuatan yg melibatkan unsur jenayah, serahkan kepada penyiasatan dan tindakan lanjut pihak berkuasa. Jangan pula kita membuat penghakiman dan melaksanakan hukuman mengikut perasaan kita sendiri.
Demikian juga dengan buli bersifat mental dan buli menggunakan aplikasi media sosial. Pihak PDRM pernah menasihatkan orang ramai agar tidak meyalahguna mana-mana aplikasi aplikasi untuk mengeluarkan kenyataan palsu, menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.
Sila rujuk akta berkaitan seperti Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semoga kita semua mempunyai satu kesedaran bersama bahawa isu buli ini adalah bersifat universal dan berkaitrapat dengan masa hadapan negara melalui pendidikan kepada generasi masa kini.
Loading...
0 Response to "Salahkan guru isu buli, Menteri Pendidikan tegur segelintir masyarakat"
Posting Komentar