Loading...

SPR Dimalukan Oleh Mahkamah Tinggi Kuching

Loading...
SPR Dimalukan Oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang diumumkan awal hari ini, sekalli gus membatalkan keputusan mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, Sarawak.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, berdasarkan kepada keputusan itu juga, mahkamah turut memutuskan bahawa tiada kekosongan luar jangka telah berlaku dan Adun kawasan terbabit Dr Ting Tiong Choon masih lagi kekal status quo dan jawatannya itu perlu dikembalikan.

SPR Dimalukan Oleh Mahkamah Tinggi Kuching. “SPR akur dengan perintah tersebut dan akan mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan keputusan mahkamah itu,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan perkara ini bagi memuktamadkan keputusan yang melibatkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan Ting kekal sebagai Adun Pujut.

SPR Dimalukan Oleh Mahkamah Tinggi Kuching


Pada 12 Mei lalu, kelayakan Ting dilucutkan di bawah Perkara 17(1)(g) perlembagaan negeri kerana secara rela memperoleh kerakyatan negara lain.

SPR Dimalukan Oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Usul itu dibentangkan Menteri Kewangan II Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh dan diluluskan dengan sokongan undi 70 wakil rakyat Barisan Nasional. Semua 10 wakil rakyat pembangkang tidak menyokong. - fmt





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPR Dimalukan Oleh Mahkamah Tinggi Kuching"

Posting Komentar