SPRM meminta Zakaria Arshad hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat.
PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima maklumat berhubung Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan akan meneliti maklumat berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.
Suruhanjaya anti-rasuah itu bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat yang disalurkan itu, dan hanya berkata mereka akan menelitinya dan mengenalpasti sama ada wujud unsur rasuah dan salahguna kuasa.
“SPRM meminta (CEO Kumpulan FGV) Datuk Zakaria Arshad untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat bagi mendapat maklumat lanjut,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki dalam kenyataan.
Beliau menambah SPRM pernah menerima beberapa maklumat berhubung isu yang sama.
“Bagaimanapun, siasatan hanya akan tertumpu kepada isu salahguna kuasa serta rasuah dan bukannya isu peribadi pemberi maklumat.”
Hari ini, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, bercuti susulan siasatan yang dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.
Zakaria sebelum ini menyatakan beliau dipaksa bercuti serta merta oleh lembaga pengarah FGV, berikutan siasatan dalaman ke atas tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV.
Beliau mencabar pihak berkuasa supaya mencari salah laku di pihaknya jika terbukti beliau akan meletakkan jawatan daripada syarikat itu.
Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad menafikan dakwaan lembaga pengarah cuba melindungi kesalahan, kerana ia dilakukan susulan siasatan syarikat audit.
“Kita pun tak suruh dia berhenti, itu pandangan lembaga (bercuti) yang tak mahu jejaskan nama baik FGV,” katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.
Related Posts :
Sembahyang raya di Selangor pada 8.30 pagiBernama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan supaya solat sunat Hari Raya Aidilfitri di semua masjid dan surau d… Read More...
Sultan Selangor namakan semula masjid Jamek kepada Masjid Sultan Abdul Samad 23 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE 0 Comments Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menamakan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini. Majlis penamaan semula masjid berkenaan diadakan di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur yang turut dihadiri, Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Keberangkatan tiba baginda diiringi, Dato’ Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. Turut mengiringi baginda, pimpinan Kerajaan Persekutuan yang diketuai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor; dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Penamaan semula masjid itu merupakan sebahagian daripada inisiatif memelihara khazanah negara bagi memberi nilai tambah kepada daya tarikan pelancongan di ibu kota, Kuala Lumpur. Difahamkan, masjid yang dibina sejak 1909 oleh pedagang arab itu boleh memuatkan 1,000 jemaah dalam satu masa dengan pembaikan keluasan ruang solat seluas 4,000 kaki persegi. Kedudukannya yang terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur itu menjadi mercu tanda dengan kedudukannya bersebelahan Dataran Merdeka selain kemudahan akses jaringan pengangkutan awam. Tarikan terkini masjid berkenaan antararanya payung gergasi hidraulik yang dipasang di bahagian luar struktur bangunan menyamai pembinaan Masjid Nabawi, Madinah. Pada masa sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) giat melaksanakan pembaikan dan pemuliharaan stuktur bangunan masjid bagi mengekalkan ciri warisan dan tradisinya. Dalam perkembangan lain, baginda turut berkenan mencemar duli menunaikan solat Jumaat seterusnya bersalaman bersama warga kota yang tidak melepaskan peluang untuk mendekati Sultan berjiwa rakyat itu. MALAYSIA DATELINE
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menamakan semula Masj… Read More...
'Semua terima wang dari BN, itulah politik'Geraldine Tong
Tidak salah MIC menerima wang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga pengerusi BN, kata … Read More...
Siapa pernah pelawa Parti Generasi Baru masuk PH?, sindir PPBMOleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), meluahkan rasa hairan te… Read More...
Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKROleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: PKR tidak pernah menghalang rakan parti komponen dalam Pakatan harapan untuk bersuara mengenai isu b… Read More...
0 Response to "SPRM terima maklumat berhubung Felda Global Ventures"
Posting Komentar