Tujuh lelaki berumur di antara 40 dan 60 tahun ditahan kerana menceroboh kawasan Taman Laut Pulau Babi Hujong dan Pulau Babi Besar yang diwartakan sebagai zon larangan di Mersing, dekat Johor Bahru awal hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata penahanan itu dilakukan bermula 10 pagi di kedudukan masing-masing 0.2 batu nautika dari Pulau Babi Hujong dan 1.48 batu nautika dari Pulau Babi Besar.
Menurut Ayub, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot memiliki 12 unit alat memancing dan kesemua tahanan telah dibawa ke Pangkalan Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Johor untuk tindakan lanjut.
Peralatan dan dua bot bersama enjinnya juga akan disita, sementara kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan larangan taman laut.
"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
"Saya mengingatkan kepada semua pihak agar tidak memasuki Taman Laut kerana ia merupakan zon larangan untuk sebarang aktiviti. Pihak berkuasa akan sentiasa memantau dan tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang melanggar arahan ini.
"Ini bagi memastikan kawasan Taman Laut sentiasa bebas daripada gangguan serta biodiversiti marinnya dilindungi," kata beliau dalam kenyataan di Johor Bahru, hari ini.-Bernama
Related Posts :
‘Mana Muhyiddin?’THE MALAYSIAN TIMES
ALOR SETAR: Rakyat perlu menilai dengan bijak keupayaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin negara, memanda… Read More...
Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 12, 2018 16:25 MYT Facebook Twitter Email Google whatsapp icon Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas MOHMAD (tengah) menunjukkan bungkusan dipercayai mengandungi dadah pada sidang media di sini hari ini. - Gambar Bernama KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang wanita merupakan antara lapan individu yang ditahan dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah sekitar ibu negara dan Johor Bahru. Kesemua suspek yang berusia 32 hingga 58 tahun itu ditahan dalam enam serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dalam serbuan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) Bukit Aman itu merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM721,000. Menurutnya, dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Bandar Baru Sri Petaling, pasukan polis menahan sepasang kekasih dipercayai dalang utama sindiket itu. Kata beliau, dalam serbuan itu kita berjaya merampas 10.3 kilogram dadah jenis syabu dan 37 biji pil ekstasi. “Siasatan awal mendapati, pasangan kekasih ini mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat. Tambah Mohmad, serbuan kedua dijalankan di Jalan Perdana, Pandan Perdana menahan tiga lelaki dan merampas 21 gram dadah jenis ketamin, 79 gram ganja, 11.5 gram syabu, 10 biji eramin serta tujuh ekstasi. Manakala katanya, serbuan yang ketiga pula di sebuah premis taman Setiawangsa di mana seorang suspek lelaki serta serbuan keempat dilakukan pasukan Sting di Setapak dan operasi terakhir dibuat di Muar, Johor. “Hasil rampasan dadah ini boleh digunakan kira-kira 51,810 penagih. Siasatan awal mendapati, sindiket itu mengedar dadah jenis syabu, ketamin, ganja, eramin 5 dan ekstasi,” katanya. Tambah Mohmad, turut ditemui 50 biji peluru hidup jenis 9mm. dan jumlah sitaan ke atas semua lokasi berjumlah RM2.73 juta. Ujarnya, pihaknya turut merampas pelbagai wang tunai bernilai RM2.1 juta, lapan kereta, lima utas jam tangan berjenama dan pelbagai jenis barang kemas dengan nilai keseluruhan sitaan RM2.73 juta. Kesemua suspek kini direman tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
MOHMAD (tengah) menunjukkan bungkusan dipercayai mengandungi dadah pada sidang media di sini hari ini. - Gambar Bernama
… Read More...
#MalaysiaMemilih: Hari mengundi 25 Mac ini?Firdaus Azil, Astro Awani
Seperti biasa, semua pihak boleh membuat ramalan dan andaian mengenai tarikh pembubaran Parlimen dan jangkaan be… Read More...
Parkir kereta percuma bagi yang menunggu penumpang di KLIA, KLIA2THE MALAYSIAN TIMES
SEPANG: Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan ruang parkir pe… Read More...
Pelakon 'mengamuk' tiada kaitan dengan isu Ah Long - Zed ZaidiSiti Nursyazwani, Astro Awani
Pada Khamis, pelakon itu ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam … Read More...
0 Response to "Tujuh lelaki ditahan ceroboh kawasan larangan taman laut"
Posting Komentar