Loading...
Najib kawal kemelut FGV kerana PRU14
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan baru-baru ini merangka langkah membantu Felda Global Ventures (FGV) yang dilanda masalah dilakukan kerana faktor Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), menurut satu laporan.
Kerajaan tidak mahu masalah di FGV menjadi tidak terkawal, lebih-lebih lagi PRU14 semakin hampir, menurut Nikkei Asian Review (NAR).
“Campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dilihat sebagai usaha mengawal ketidakpuasan dalam kalangan peneroka yang menyaksikan pendapatan menyusut disebabkan harga minyak sawit yang lemah.
“Mereka yang memiliki saham dalam FGV juga terjejas kerana kejatuhan harga saham.”
Saham FGV jatuh sebanyak 2/3 sejak disenaraikan pada Jun 2012.
NAR memetik James Chin, seorang profesor di Universiti Tasmania di Australia, sebagai berkata Najib bimbang FGV menjadi skandal politik sebelum pilihan raya kerana kira-kira 1/4 daripada kawasan pilihan raya terletak di dalam atau berhampiran penempatan Felda.
FMT.
Loading...
0 Response to "[Video Cina Yang Kamu Maki Itulah Yang Menangkan Kamu Dalam PRU13 Dulu] Najib kawal kemelut FGV kerana PRU14"
Posting Komentar