Loading...
Ketika Ibu Bukan Muslim Membawa Masuk Anaknya Ke Dalam Masjid
SEORANG ibu bukan muslim membawa masuk anaknya dalam sebuah pengajian di salah satu masjid di Paris.
Masuklah sang anak ke dalam masjid sendirian. Sang imam masjid bertanya: "Di mana ibu bapa kamu?"
Anak: "Ibu saya menunggu di seberang jalan sana."
Lanjut si anak: "Ibu saya ga mungkin masuk kerana beliau bukan muslimah."
Buru-buru sang imam keluar masjid dan menemui ibu tersebut di seberang jalan.
Ibu tersebut paham sang imam butuh penjelasan. Ibu ini mengatakan pada Imam: "Tetangga saya muslim. Setiap berangkat sekolah anaknya mencium tangan kedua ibu bapanya. "
Lanjut si ibu: "Saya melihat setiap hari kebahagian bersama keluarga tersebut."
"Di negeri ini saya ga pernah melihat muslim sanggup memasukkan ibu bapa mereka ke rumah orang tua."
"Mohon imam terima anak saya belajar keislaman di masjid ini."
"Semoga anak saya melayan saya nanti seperti anak-anak muslim lain melayan ibu bapa mereka.".
Selepas aksi mesra dengan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 28 Mei lalu, keesokannya pula ketua penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilihat menaiki kenderaan bersama menteri besar Terengganu.
MALAYSIA DATELINE
ALAHAI IDRIS AHMAD... apabila naib presiden PAS mengeloh....
ALAHAI IDRIS AHMAD.....
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad nampaknya mengeluh mengenai apa yang didakwanya sebagai pilih kasih tentang hubungan parti itu dengan UMNO berbanding pemimpin DAP berbuat perkara yang sama.
Kata beliau, jika ada pemimpin Pas bergambar atau minum teh bersama pemimpin UMNO, ia segera dituduh mereka mahu masuk UMNO.
Tetapi, tambahnya, jika pemimpin DAP berpegang tangan dengan pemimpin UMNO, tidak pula timbul tuduhan mereka itu bersekongkol dengan UMNO.
"Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan UMNO. Jika ada pemimpin DAP, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan pun tidak ada masalah," kata Idris lagi.
Alahai Idris...mengeluh atau buat-buat tak faham?
Perbezaan penilaian itu bukan bermakna adanya pilih kasih, tetapi beza antara kedua-duanya memang nyata.
Memang ada pemimpin DAP hadir bersama pemimpin UMNO dalam program atau majlis tertentu, tetapi ia lebih melibatkan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan atau program berkaitan kerajaan saja.
Selalunya pula, selepas berakhir majlis itu, ia habis di situ saja. Bermakna, baik pemimpin DAP atau pemimpin UMNO yang hadir bersama itu, mereka sedar keberadaan mereka adalah semata-mata kerana tugas sebagai pemimpin kerajaan semata-mata.
Perkara yang sama juga pernah berlaku ketika Pas Kelantan dipimpin oleh Nik Aziz Nik Mat dahulu. Ketika itu, atas kapasiti sebagai Menteri Besar, beliau memang beberapa kali hadir bersama Perdana Menteri dalam program-program kerajaan.
Namun, sama seperti seperti kehadiran pemimpin DAP bersama pemimpin UMNO tadi, kehadiran Nik Aziz itu tidak pernah sekali pun dispekulasi macam-macam oleh orang ramai.
Kenapa?
Sebabnya, sebagaimana yang terzahir oleh tindakan pemimpin DAP itu, Nik Aziz juga tahu batas dan peranannya sebagai pemimpin kerajaan bila berurusan dengan pemimpin UMNO.
Kenapa pula kehadiran pemimpin Pas sekarang bersama pemimpin UMNO ditafsir berbeza?
Jawabnya, lihatlah gelagat pemimpin-pemimpin Pas hari ini.
Pemimpin Pas sekarang, sebaik saja dapat bergambar bersama, minum teh bersama, berbaju merah jambu bersama, berjubah putih bersama atau ke London mencari teh tarik bersama, mereka nampaknya jadi tunduk, layu dan terkulai atas segala kemungkaran, salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan atau melibatkan pemimpin utama UMNO.
Kemudian menyusul pula kenyataan-kenyataan seperti ingin menjadi penasihat kerajaan, tidak mahu berebut kuasa dengan UMNO, jangan bermusuh dengan UMNO sampai ke akhirat, tidak pernah menganggap UMNO musuh sesama Islam, tidak lagi mahu berkasar dan "bom" UMNO serta sebagainya lagi.
Sudahlah tidak lagi menegur, sebaik saja dapat bergambar atau minum teh bersama, nada suara juga jadi berubah seolah-olah UMNO yang pernah dikafirkan dulu, tiba-tiba sudah jadi lebih mulia meskipun diketahui mereka itu dilingkari skandal kewangan yang bertahap mega.
Kecuali Tuan Ibrahim Tuan Man yang kekal lantang bersuara, menegur dan mengkritik, pemimpin-pemimpin Pas yang lain, termasuk Idris sendiri pun, hampir tidak lagi bercakap mengenai salah laku, pembaziran, penyelewengan dalam kerajaan pusat, UMNO dan yang berkaitan Najib Razak.
Hadi Awang sendiri, sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli, hanya sekali pernah menyebut mengenai 1MDB di Parlimen dan setelah tampil sedondon, terus tidak bersuara lagi mengenai skandal kewangan yang diperkatakan di seluruh dunia itu.
Ia berbeza dengan pemimpin DAP, meskipun ada pemimpinnya bergambar, berpegang tangan atau berlaga perut dengan pemimpin UMNO, namun mereka kekal konsisten dan tidak berubah dari segi menegur, mengkritik atau membongkar penyelewengan dalam kerajaan dan demi kepentingan rakyat.
Jadi, sebelum Idris terus mengeluh, belilah dulu sebuah "cermin besar" untuk melihat perubahan pemimpin-pemimpin Pas sejak mereka dapat peluang berbaik-baik dengan Najib dan UMNO ini serta membandingkannya dengan pemimpin DAP dalam konteks yang sama.
Di situ pasti Idris dengan mudah dapat jawapannya. (ShahbudinHusin 29/05/2017).
KDL.
KDL.
Loading...
0 Response to "[Video Hentikan 'perosak' negara, mesej Tun M pada anak muda] Alahai Idris...mengeluh atau buat-buat tak faham? Ibu Bukan Muslim Membawa Masuk Anaknya Ke Dalam Masjid."
Posting Komentar