Loading...
Abdul Hadi tidak faham rentetan 1MDB,selar Amanah
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa gagal memahami rentetan latar belakang sesuatu isu menjadi punca pihak yang menentang terpaksa mengundang campurtangan asing dalam isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah Komunikasi Amanah Negeri Kedah Ridzwan Abu Bakar mengulas surat terbuka Abdul Hadi pada Sabtu lalu, berkata, Saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) adalah terhadap pihak yang berurusan di Amerika syarikat dan di atas kesalahan yang didakwa berlaku di Amerika.
Justeru ujarnya, Abdul Hadi perlu memahami rentetan itu terlebih dahulu sebelum beliau mendakwa adanya campur tangan asing dan undangan campur tangan asing ke negara ini.
"Demikian juga dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi bahawa ada pihak yang hanya mahukan kemenangan walaupun dengan campur tangan asing juga adalah kesimpulan yang silap, ini kerana beliau telah bersangka jahat terhadap semua pihak lain, seakan-akan pihak yang berjuang untuk 'selamatkan Malaysia' hanya pelahap terhadap kemenangan" ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut Rizdwan lagi, penentangan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Najib akan tetap diteruskan di negara ini.
"Penentangan terhadap Barisan Nasional, Najib dan sekutunya akan terus berlangsung di Malaysia.Sekarang pun pelbagai usaha telah dilakukan, saman, report SPRM, demostrasi, penyertaan dalam perbahasan di Parlimen telah dilaksanakan oleh parti pembangkang dan akan terus dilakukan.
"Datuk Seri Abdul Hadi juga perlu sedar bahawa segala saluran untuk membuktikan salahguna kuasa BN telah disempitkan oleh Najib dan BN, hattalaporan berkaitan 1MDB pun diOSAkan, bukankah Datuk Seri Abdul Hadi pernah nyatakan OSA adalah akta yang menafikan hak rakyat untuk mengetahui perkara yang sebenar.
"Adapun pengunaan beberapa nas yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi dalam surat tersebut ternyata hanyalah kosmetik untuk menampakkan seruan tersebut adalah Islami. Apabila latarbelakang isu tidak difahami dengan tepat dan kesimpulan itu ternyata tempang, maka pengunaan ayat itu pun tidak tidak kena pada tempatnya," ujarnya.
Pada Sabtu lalu Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyeru melalui surat terbukanya kepada pemimpin parti politik pembangkang agar jangan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman negara seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB.
Beliau meminta agar jangan bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaian isu dalam negara oleh mahkamah di negara asing kerana pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan negara ini.
Loading...
0 Response to "[Video Model pun dah serah barangan kemas AS$8.1 juta kepada DOJ] Abdul Hadi tidak faham rentetan 1MDB"
Posting Komentar