ANTARAPOS.COM
KOTA BHARU: Kumpulan pertama 160 jemaah haji dari negeri ini berlepas ke tanah suci Madinah selepas transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi ini.
Majlis keberangkatan mereka di Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Panji, di sini, disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.
Pengarah Tabung Haji (TH) Kelantan, Wahyudin Tamami, berkata sebaik tiba di KLIA, mereka akan bergabung dengan jemaah haji dari stesen Kelana Jaya, menjadikan keseluruhan 467 jemaah berlepas ke Madinah pada jam 5.50 pagi.
Katanya, sebanyak 16 penerbangan membabitkan 3,200 jemaah haji di negeri ini akan ke Tanah Suci, bermula malam ini hingga 5 Ogos.
"Saya menasihatkan jemaah haji supaya menjaga kesihatan dan sentiasa mendengar arahan petugas TH," katanya.
Seramai 32,200 jemaah haji Malaysia berlepas secara berperingkat dengan penerbangan terakhir pada 24 Ogos depan
Related Posts :
Hutang Negara BERTAMBAH, PH Makin Kuat Kelentong, Rakyat Makin LENCUN
Minggu lepas, saya telah guna data dari Bank Negara Malaysia untuk membuktikan perbelanjaan dan defisit kerajaan telah meningkat dengan ba… Read More...
Kenapa Sukar Nak Solat?Mungkin kita sentiasa nak jadi seorang yang menunaikan solat kerana bagi sesetengah orang, solat nampak begitu mudah. Mereka hanya bangun da… Read More...
Merawat Penyakit Sawan Dengan Perubatan IslamPenyakit ayan atau sawan iaitu kekejangan otot degan tidak sedarkan diri, mungkin binasa menyerang kanak-kanak yang berumur antara enam bula… Read More...
LAKONAN PENTAS A+, yg kena potong bantuan, PETANI, yg menangis di pentas, MENTERI
Yang kena potong bantuan, petani.
Tapi yang menangis atas pentas, Menteri.
Salah baca skrip ke apa?
Lepas menitis air mata, jangan bua… Read More...
Najib kongsi gambar bersama Kump. Shiro berbaju BOSSKU
Tak salahkan Juara Raja Lawak ke-6 jumpa PM ke-6? 😂
Eh mereka dua ni baru betul-betul pelawak, keras perut ketawa, tapi menteri PH… Read More...
0 Response to "160 jemaah Kelantan berlepas ke Tanah Suci"
Posting Komentar