Loading...

Doktor Inggeris dulu belajar cakap Melayu, kata Rais Yatim

Loading...

“Doktor Inggeris dahulu pun belajar cakap Melayu, kenapa doktor kontrak tak boleh belajar cakap Melayu?,” soal Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai mengulas isu kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk jawatan pegawai perubatan.
Beliau menyifatkan alasan kononnya pengecualian diberi kerana doktor dan kakitangan kontrak adalah tidak munasabah.
“Kalau tak boleh cakap Melayu, macam mana nak rawat orang Melayu dan anggota masyarakat yang lain? Syarat yang dilonggarkan ini akan jadi amalan lulus jarum lulus kelindan, suatu penurunan yang menghinan dasar kebangsaan.
“Kalau doktor boleh mengingat dan belajar ribuan terma perubatan apakah masalahnya mengingat ayat dan terma BM. Apa sakit, mana sakit dan sebagainya. Mereka itu boleh belajar BM dalam sebulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengesyorkan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) mewujudkan sukatan pelajaran bahasa yang mudah dan praktikal untuk pegawai perubatan yang mahu berkhidmat dalam sektor kerajaan.
“Menasihatkan kerajaan supaya tidak menyetujui pengecualian itu kerana bertentangan dengan undang-undang perkhidmatan awam dan dasar negara selama ini,” katanya.
Malah, beliau turut mendesak kerajaan menarik balik keputusan KKM yang dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap langkah kelonggaran syarat lulus BM itu.
“Peringatan kepada pegawai Melayu, jangan gadaikan maruah negara bangsa. Sudah terlalu banyak pemesongan dasar BM sebagai bahasa Kebangsaan,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Doktor Inggeris dulu belajar cakap Melayu, kata Rais Yatim"

Posting Komentar