Loading...

Husam Sebagai MB Kelantan.. Ini Penjelasan AMANAH

Loading...
Husam Sebagai MB Kelantan.. Ini Penjelasan AMANAH. Amanah belum mengadakan perbincangan berhubung calon menteri besar Kelantan, sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Oleh itu, Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tidak timbul persoalan Datuk Husam Musa dilantik sebagai menteri besar Kelantan kerana cadangan itu sekadar pandangan peribadi Lim Kit Siang yang bukan berdasarkan persetujuan Amanah dan PH.

Husam Sebagai MB Kelantan.. Ini Penjelasan AMANAH. Ini kerana, katanya, isu pelantikan menteri besar adalah hak rakyat tanpa campur tangan pihak luar.

“Itu pandangan dia (Kit Siang) semasa berucap dalam sebuah majlis di Kelantan, tapi untuk memilih seorang menteri besar, parti yang menang nanti yang akan membuat pilihan dan rakyat mesti faham.

“Sesiapa yang nak menamakan (calon menteri besar) itu hak masing-masing dan kita (Amanah) tidak terikat dengan pandangan itu, melainkan berlakunya pilihan raya nanti, kita akan pastikan siapa (parti) yang mendapat undi majoriti, mereka diberi tanggungjawab pilih menteri besar.

“Tentang siapa nak jadi perdana menteri, menteri, menteri besar, bagi saya biar rakyat yang menilai. Rakyat ini bukan bodoh (memilih) siapa yang paling layak, ramai yang layak jadi menteri besar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah hari ini.

Husam Sebagai MB Kelantan.. Ini Penjelasan AMANAH


Pada 30 Jun lalu, Lim dilapor mencadangkan Husam sebagai menteri besar, jika PH berjaya menguasai Kelantan pada PRU14.

Beliau berkata, adun Salor itu boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara. Kenyataan itu dipercayai adalah kali pertama penasihat DAP itu memberi sokongan terbuka kepada naib presiden Amanah terbabit.

Sementara itu, PAS melalui Naib Presidennya, Idris Ahmad menyifatkan pengumuman Lim sebagai isyarat DAP dan sekutunya bersungguh-sungguh mahu merampas Kelantan daripada PAS yang memenangi negeri itu sejak PRU 1990.

Beliau turut mempersoalkan PH sama ada mereka akan meneruskan undang-undang Islam yang dilaksanakan PAS sejak memerintah negeri itu.

Mengulas lanjut, Salahuddin menafikan cadangan Lim memilih Husam sebagai calon menteri besar sebagai bukti PH dikuasai DAP selaku pembuat keputusan.

Husam Sebagai MB Kelantan.. Ini Penjelasan AMANAH


“Saya rasa itu hak individu bercakap, perkara biasa ada orang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, ada pula nak Tun Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri. Itu pandangan masing-masing.

“Yang penting kita buat kerja dan tunjukkan kebolehan kita. Sekiranya kita diberi kemenangan, terpulang kepada rakyat untuk tentukannya,” katanya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Husam Sebagai MB Kelantan.. Ini Penjelasan AMANAH"

Posting Komentar