Loading...

ISMA : Kemenangan PH nanti umpama “keluar mulut singa, masuk mulut buaya

Loading...
Mulut jahat ini kata, kemenangan PH nanti umpama
“keluar mulut singa, masuk mulut buaya
"

  Jahat sunggoh mulut Tuan Aminuddin, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), bila dia menuduh bahawa janji-janji Pakatan Harapan tidak menampakkan kesungguhan mereka untuk memperkasakan Islam.

  “Ya betul, ini hanya janji 100 hari, tetapi jika isu Islam tidak ditekankan di peringkat awal lagi, maka adakah ada jaminan Pakatan Harapan akan membawa agenda ini pada masa depan sekiranya mereka menang?

 “Melihat komposisi parti dan pimpinan yang ada, perkara ini amat membimbangkan rakyat. Apatah lagi mereka ini lah yang secara lantang menentang Akta 355.

 “Adakah dengan kemenangan PH kelak akan membawa perubahan sebenar masyarakat di negara ini atau hanya sekadar pepatah orang-orang terdahulu kata, “keluar mulut singa, masuk mulut buaya”,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb. Baca lagi  di sini

 Dakwaan ISMA tersebut sebenarnya menggambarkan sikap dangkal dan jeliknya terhadap hasrat Pakatan Harapan yang mahu menumbangkan regim Kleptokrasi Najib yang ada sekarang.

 Beliau cuba menyemai bibit kecurigaan kepada rakyat terhadap  dasar dan polisi PH yang baru diperkemaskan.

 Malahan beliau cuba memomokan rakyat dengan gambaran bahawa kemenangan PH nanti umpama “keluar mulut singa, masuk mulut buaya”

  Apakah Isma menganggap kemenangan PH kelak akan menjadikan negara ini lebih punah ranah dari keadaan sekarang dimana negara terpalit dengan krisis yang tenat, skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa?

 Isma tidak perlu bimbang mengenai kesungguhan PH untuk memperkasakan Islam kerana satu perjanjian persefahaman mengenai Islam agama rasmi, peranan dan tanggungjawab Institusi Raja Berperlembagaan serta martabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah ditandatangi pada 13 Disember 2016 oleh pimpinan tertinggi PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

 Kenyataan dangkal Isma turut mendapat reaksi seorang ahli Amanah Melaka, fesbuker Muhammad Syafiq Azmi :

 ISMA mempersoal tentang agenda Islam dalam perjuangan Pakatan Harapan seperti yang diumumkan baru-baru ini. 

 Saya kongsikan apa yang akan dilakukan 100 hari selepas mentadbir Malaysia:

• Menghapuskan GST; 
• Menstabilkan harga petrol;
• Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat; 
• Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh; 
• Memerangi rasuah hingga ke akar umbi; 
• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan 
• Memulihkan FELDA.

 Semua perkara diatas membebani pundak rakyat bawahan. Dengan tekanan ekonomi dan hidup yang berlaku hari ini apakah itu tidak dinilai sebagai agenda Islam oleh ISMA? 

 Agenda Islam itu tak semestinya perlu dilafaz oleh orang yang berjubah atau berserban dan sekadar melaungkan Islam dibibir, tetapi bila perkara itu implikasinya baik dan beri manfaat pada masyarakat sudah tentu itu yang dituntut agama. 

Bukanlah semestinya agenda Islam itu dinilai dari termanologi arab barulah dijustifikasi sebagai agenda Islam atau lebih Islamik. ISMA perlu belajar sifir politk yang lebih luas dan tidak jumud. 

 Dalam erti kata lain cukuplah bermain dengan sentimen bangsa dan agama kerana agenda Islam itu lebih luas meliputi seluruh alam dan bukan hanya tertumpu pada melayu dan muslim. Khalas.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ISMA : Kemenangan PH nanti umpama “keluar mulut singa, masuk mulut buaya"

Posting Komentar