Loading...
Mahathir Bakal Dibuang Daripada Pakatan Harapan? Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mustahil akan terjerat dan jadi orang buangan sekiranya gabungan itu gagal menang besar dalam PRU14.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bekas perdana menteri itu yang diharap menjadi tunjang menarik pengundi, terutama golongan veteran, pastinya bakal menjadi antara orang yang akan dipersalahkan jika pakatan itu gagal.
Mahathir Bakal Dibuang Daripada Pakatan Harapan? Jelas beliau, Bersatu yang menjadi ahli paling muda dalam Pakatan Harapan cukup mudah untuk diperkotak-katikkan oleh rakan parti yang lebih senior seperti DAP dan PKR.
“Mahathir akan dijadikan kambing hitam dalam Pakatan Harapan oleh tiga rakan parti atas kegagalan rampas kuasa daripada BN pada PRU nanti.
“Ini kerana, parti yang lebih dominan dan senior seperti DAP atau PKR tidak mahu pikul beban kekalahan sehingga mereka mencari orang lain (Mahathir) untuk dipersalahkan,” katanya dalam kenyataan. semalam.
Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, dendam PKR terhadap Mahathir berikutan pemecatan dan episod memenjarakan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pastinya tak pernah terpadam.
Mahathir Bakal Dibuang Daripada Pakatan Harapan?
Menurutnya, keikhlasan DAP untuk berkawan dengan Mahathir yang pernah menjadi musuh tradisi, tidak pernah wujud, selain sandiwara politik sahaja.
“Begitu juga dengan Amanah. Ramai pemimpin mereka pernah mempunyai sejarah hitam, terutama (Presidennya) Mohamad Sabu, yang dua kali disumbat ke (penjara di) Kamunting berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
“Pakatan Harapan sendiri sudah menampakkan belang apabila mahu siasat Mahathir jika menang PRU14,” katanya.
Kata Nur Jazlan, situasi itu membuktikan benar dakwaannya bahawa parti itu adalah tonto politik semata-mata.
Mahathir Bakal Dibuang Daripada Pakatan Harapan?
Menurutnya, Bersatu pula terlalu muda dan lemah untuk dijadikan benteng mempertahankan Mahathir.
“Jika semua situasi itu berlaku, sejarah gemilang Mahathir selama 22 tahun pasti akan tercalar dan diperlekehkan bila menjadi kambing hitam dalam Pakatan Harapan," katanya. - sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "Mahathir Bakal Dibuang Daripada Pakatan Harapan?"
Posting Komentar