Loading...

Norashman Najib Berkongsi Cerita Percutian Mewah Ke Bali Dan Perth

Loading...
Norashman Najib Berkongsi Percutian Mewah Ke Bali Dan Perth. Anak Datuk Seri Najib Razak berkongsi gambar percutiannya menerusi Instagram, daripada aksi memukul bola golf di tepi pantai sehinggalah bersua kenal dengan kangaroo di Australia.

Gambar dan video itu dikongsi Norashman Najib, yang ikut serta rombongan keluarga bercuti di Bali, Indonesia dan Perth, Australia.

Norashman Najib Berkongsi Cerita Percutian Mewah Ke Bali Dan Perth. Dari Bali, Norashman, anak bongsu perdana menteri, memuat naik video pendek menunjukkan hayunan kayu golf yang seiring dengan pukulan ombak berhampiran.

“Apabila hayunan anda seiring dengan ombak,” tulisnya. Ia disusuli dengan gambar hidangan masakan beraneka Jepun semalam.

Hari ini, Norashman berkongsi klip video bersua kenal dengan beberapa ekor kangaroo di Australia.

Getting close and personal with Australia's finest ???????? #animal #kangaroo #cute #golf #australia #jacked #chill #goodday
A post shared by Ashman Najib 季平 (@ashmannajib) on Jul 2, 2017 at 6:06pm PDT

“G’day mate, hello mate… hello sayang,” katanya meniru gaya ucapan penduduk tempatan Australia.


Norashman Najib Berkongsi Cerita Percutian Mewah Ke Bali Dan Perth


Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Najib dan 23 lain tiba di Bali, sehari selepas meganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Kabinet di kediaman rasmi Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad lalu.

Mereka menginap di Hotel St Regis di daerah Nusa Dua, sebelum berlepas ke Perth, Australia.

Metro TV Indonesia memetik komandan resort, Gede Widiyana sebagai berkata perdana menteri tinggal di bilik bertaraf “President Suites”.

“PM Malaysia kamarnya 1 suites. 11 kamar standar, dan rombongannya 24 orang,” katanya.


Norashman Najib Berkongsi Cerita Percutian Mewah Ke Bali Dan Perth


Sebelum ini, portal pro-Umno mykmu.net mempersoalkan dakwaan yang Najib dan rombongannya menempah 41 bilik.

“Jika guna otak dan ada sikit-sikit pengetahuan agama, tiada siapa yang akan percaya ada hotel yang membina sehingga 41 buah Presidential suite,” kata portal itu. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Norashman Najib Berkongsi Cerita Percutian Mewah Ke Bali Dan Perth"

Posting Komentar