Loading...
Pengusaha Teksi Cabar Najib. Sehari selepas dibebaskan daripada tuduhan menipu membabitkan syarikat National Feedlot Corporation (NFC), pengusaha syarikat teksi Datuk Shamsubahrin Ismail menawarkan dirinya untuk menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Dan sekiranya jawatan itu terus dikekalkan untuk Tan Sri Isa Samad, Shamsubahrin berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantiknya sebagai penasihat.
Pengusaha Teksi Cabar Najib. “Saya akan menghantar surat kepada Pejabat Perdana Menteri hari ini bagi mengadakan satu perbincangan tertutup antara saya dan perdana menteri berkenaan isu industri teksi di bawah SPAD dan juga isu kedudukan Isa,” kata pengasas Big Blue Taxi Services itu.
Katanya, beliau berminat menasihati Isa mengenai industri teksi.
“Saya harus memastikan dan bersuara lantang terhadap Isa kerana saya nak pastikan beliau dapat laksanakan dan bekerjasama dengan saya memajukan industri teksi dengan lebih baik,” kata Shamsubahrin pada sidang media di pejabatnya di Jalan Ampang hari ini.
Pengusaha Teksi Cabar Najib
Shamsubahrin berkata beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri teksi berbanding Isa.“Saya juga tahu ‘A to Z’ tentang cara industri teksi dijalankan.
“Kalau kita tengok 11 pelan transformasi yang SPAD lancar sebelum ini, hampir 10-15% daripadanya diambil pakai daripada apa yang saya perkatakan,” katanya.
Sebelum ini, Shamsubahrin membantah pelantikan Isa sebagai pemangku pengerusi SPAD, dengan mempersoalkan kredibiliti bekas pengerusi Felda Global Venture Holding Bhd (FGV) itu.
Menurutnya, pengusaha teksi mahu individu menerajui SPAD yang bebas daripada politik dan berpengetahuan luas dalam bidang pengangkutan awam.
Pengusaha Teksi Cabar Najib. Isa yang meletak jawatan sebagai pengerusi FGV dilantik ke dalam SPAD menggantikan Tan Sri Hamid Albar yang bersara. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Pengusaha Teksi Cabar Najib"
Posting Komentar