Loading...

Penulis Harakah Izwan Abdul Halim 'Akal Pendek' merapu

Loading...
Amboi-amboi bukan main sedap penulis Harakah yang bernama Izwan Abdul Halim tu tuduh Lim Kit Siang dan Faiz Fadzil  kononnya baca surat Presiden PAS dengan 'akal pendek'.

 Dalam tulisannya yang disiarkan Harakah Online, Izwan cuba menafikan surat terbuka Hj Hadi itu kononnya tidak ada kaitan dengan tindakan DoJ atau membela Najib.

  Beliau menuduh Lim Kit Siang dan Faiz kononnya melenting serta merewang jauh ke Amerika dan melalut kerana mendakwa negara asing yang menyiasat skandal 1MDB sebagai cubaan campur tangan asing.
"Walhal, tidak ada sebaris ayat pun di dalam surat terbuka Tuan Guru mempertikaikan peranan dan tugas DoJ atau membela Najib."~ Izwan
Penulis ini ingat mereka yang mengecam surat terbuka Hj Hadi itu akal pendek macam dia!

 Walhalnya dalam surat tersebut Hj Hadi ada menyatakan dengan jelas tentang isu 1MBD :

Begitulah juga, jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, Perwaja, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing. 
Walaupun dalam surat itu Hj Hadi tidak menyebut kuasa asing itu Amerika sebagaimana dia tuduh orang jual pill kuda tanpa sebut nama, semua orang yang waras yang tidak akal pendek macam Izwan, sudah nampak jantan betinanya hanya dengan sekilas air.

Hj Hadi sendiri pernah mengeluarkan kenyataan yang sama mengenai campurtangan Amerika dengan mengeluarkan kenyataan mengampu dan menjilat Najib:

Kita benci Umno tapi tak akan panggil US untuk jatuhkan Umno. Kita tidak akan benarkan kuasa asing masuk campur. Kalau US masuk Malaysia, kita akan bersama-sama dengan kerajaan sekarang untuk menghalau US.
  Cuma pada kali ini ayat-ayat al-Quran digunakan untuk menampakan ianya islami semata-mata.Begitu terdesaknya hingga sanggup menjual ayal-ayat Allah dengan harga yang murah, semata-mata nak membela makar Najib dan 1MBD!

 Surat terbuka Hj Hadi mempertikaikan peranan dan tugas DoJ adalah jelas bila Ketua Penerangan Pas at-Tontowi membuat kenyataan sebagai menyokong surat Hj Hadi tentang campur tangan kuasa asing Amerika dengan katanya :
Tindakan individu tertentu membuat laporan berhubung skandal berkenaan adalah bukti campur tangan asing di negara ini.

PAS berpendapat ada pihak tertentu yang pergi "meronda" membuat aduan di Paris, Switzerland dan AS supaya pihak berkuasa negara asing mengambil tindakan dalam isu 1MDB.

Menganggap mereka sebagai "singkat akal", Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, parti itu juga tahu ada pihak yang sengaja menjemput AS untuk campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia. ~ di sini
  Siapa sebenarnya yang 'singkat akal ' @ 'akal pendek'?

 Saya malas nak ulas tentang tuduhan-tuduhan liar penulis 'akal perndek ini yang merewang-rewang tuduh DAP Abang Besar dalam PH, kebiadaban dan campur tangan DAP dalam hal ehwal agama Islam, Melayu dan terhadap Raja-raja.. bagai...

 Cuma saya ternampak 'Kedunguan dan bebal' siakal pendek ini yang tidak semena-mena dalam tulisannya itu memuat kenyataan berikut : 
Akhirnya Kit Siang terpaksa menghulurkan salam perdamaian kepada Tuan Guru Presiden PAS. Tetapi setelah itu kembali menunjukkan permusuhannya apabila mahu menyaman Tuan Guru berhubung kenyataan anti-Islam. Bahkan ‘berkempen’ supaya akar umbi PAS melupakan Abdul Hadi.
Masa bila pula Lim Kit Siang pergi ziarah Hj Hadi di Rusila yang masih belum sembuh sepenuhnya untuk menghulurkan salam perdamaian kepada Hj Hadi? Kelakar juga si akal  pendek ni bila tulis benda yang merapu gitu! Cer baca tulisannya  di sini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penulis Harakah Izwan Abdul Halim 'Akal Pendek' merapu"

Posting Komentar