Loading...
Pulau Pinang Sekat Anjing Dan Kucing Dari Perak. Pihak berkuasa yang mengawal haiwan di Pulau Pinang akan menyekat kemasukan anjing dan kucing dari Perak, selepas jangkitan rabies atau penyakit anjing gila dikesan di Kuala Sepetang, baru-baru ini.
Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, sekatan jalan akan dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di Seberang Perai, sempadan negeri itu.
Pulau Pinang Sekat Anjing Dan Kucing Dari Perak. “Kami dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya untuk menyekat sebarang kemasukan mamalia yang dijangkiti rabies ke negeri ini.
“Pulau Pinang bebas daripada jangkitan rabies sejak 2 tahun lalu, tetapi kami menggalakkan pemilik mendapatkan vaksin untuk haiwan peliharaan mereka.
“Kami juga menyarankan kurangkan kegiatan sosial haiwan peliharaan anda dengan haiwan lain,” katanya pada sidang media di ibu pejabat JPV negeri di Bukit Tengah hari ini.
Beliau turut menggesa pemilik membawa haiwan peliharaan mereka mendapatkan vaksin di pejabat JPV di Bukit Tengah atau Jalan Gurdwara di George Town pada harga RM5. Klinik swasta biasanya mengenakan bayaran hampir RM100.
Pulau Pinang Sekat Anjing Dan Kucing Dari Perak
Katanya, pemilik haiwan peliharaan juga digesa mendapatkan Pasport Haiwan Peliharaan Malaysia JPV pada harga diskaun RM7 (bayaran biasa RM35), termasuk cip pengenalan.
“Nasihat saya kepada orang ramai, jika anda digigit atau mempunyai sentuhan dengan mamalia, khasnya anjing, sila dapatkan rawatan segera atau buat laporan polis.
Pulau Pinang Sekat Anjing Dan Kucing Dari Perak. “Sila laporkan sebarang pergerakan anjing liar di kawasan anda kepada pihak berkuasa tempatan.” - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Pulau Pinang Sekat Anjing Dan Kucing Dari Perak"
Posting Komentar