MALAYSIA DATELINE
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Namun ia dengan syarat 10 langkah integriti yang diamalkan pentadbiran negeri turut dimasukkan ke dalam inisiatif yang dipelopori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menjemput Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad bagi membincangkan perkara itu di pejabatnya di Komtar pada hari Jumaat nanti.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai masalah untuk menandatangani IBR ini secara sukarela.
“IBR dan tambahan 10 langkah integriti ini akan ditandatangani pada 28 Julai oleh semua anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.
10 langkah integriti berkenaan termasuk amalan pentadbiran yang berlandaskan Prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus), menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri, barisan EXCO dan Adun serta melaksanakan tender terbuka yang kompetitif.
Bukan itu sahaja, kerajaan negeri tidak membenarkan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak kerajaan negeri atau berurus niaga dengan kerajaan negeri serta melarang Adun dan ahli pentadbiran daripada meluluskan permohonan tanah kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mempersoal SPRM yang tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai tawaran terbuka tanpa paksaan berhubung IBR berkenaan.
“Pulau Pinang tidak menyedari bahawa Kerajaan Negeri perlu menghubungi SPRM, dan bukan hanya menunggu daripada SPRM, sebagaimana yang dilakukan antara agensi kerajaan.
“Mengapa SPRM tidak hanya memaklumkan kepada kami, melalui telefon atau e-mel tanpa sebarang paksaan, yang kami boleh memilih atau tidak untuk menyertai inisiatif secara “sukarela” kepada SPRM untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)?” soalnya.
Related Posts :
Pemuda Umno serlah reaksi cemas
USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
KEYAKINAN PAS akan kembali memerintah adalah berpaksikan kepada keimanan bahawa Allah berjanji m… Read More...
Tajuk catatan1,606 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Terengganu malam iniASTRO AWANI
Anggota Bomba dan Penyelamat mendukung seorang kanak-kanak di dalam bot untuk dibawa ke pusat pemindahan selepas beberapa bu… Read More...
Tiada masalah jika PAN hendak bertanding di kerusi PAS - IskandarHilal Azmi, Astro Awani
ISKANDAR: 'Kalau betul hendak menggantikan PAS maka silakan bertanding melawan PAS' - Foto BERNAMA
… Read More...
Serangan Istanbul: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat - Wisma Putra Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 7:23 AM Polis memantau keadaan di luar kelab Reina di Turki. Foto Reuters (Ubah saiz teks) KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Reina, sebuah kelab malam di Istanbul yang meragut 39 nyawa serta mencederakan 69 orang. Wisma Putra dalam kenyataan berkata kerajaan Malaysia, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Turki dalam menentukan jika ada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan itu. "Setakat ini, tiada pengesahan rakyat Malaysia antara terlibat dalam kejadian ini. Kedutaan juga akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia di sana termasuk para pelajar yang menuntut di Istanbul," kata kenyataan itu. Wisma Putra juga mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau berhasrat mengadakan lawatan ke Istanbul dan bandar-bandar utama lain di Turki berhati-hati terhadap keselamatan diri selain merujuk kepada nasihat keselamatan Republik Turki. "Kerajaan Malaysia merakamkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut dan kerajaan Republik Turki, serta berharap mereka yang cedera akan cepat pulih," kata Wisma Putra. Menurut laporan antarabangsa, kelab malam itu diserang seorang lelaki bersenjata ketika pengunjung dalam kelab malam itu menyambut tahun baharu. - Bernama… Read More...
Khidmat Malaysia Terengganu santuni mangsa banjir
HARAKAHDAILY
HULU TERENGGANU: "Bersabar dengan musibah dan terus berwaspada di musim tengkujuh ini." Begitulah pesanan Pengarah … Read More...
0 Response to "Pulau Pinang setuju tandatangan Ikrar Bebas Rasuah dengan syarat"
Posting Komentar