Amanah Kawasan Gopeng telah mengadakan sambutan Hari Raya pagi ini di pinggir padang permainan di Tmn Maju Rapat Ipoh.
Selain DS Nizar yang merupakan bakal calon Dun Sungai Rapat, turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Amanah negeri, Tn Hj Asmuni Awi, Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye dan Adun Teja, Chang Lih Kang.
Ketua AMANAH Kawasan, Badrin Khalil mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat yang telah memberikan bantuan dan sumbangan untuk menjayakan majlis pada hari ini.
 |
Antara tetamu kehormat yang hadir |
"Alhamdulillah kerana majlis kita pada hari ini berjalan dengan lancar dan meriah. Semoga segala bantuan dan sumbangan tuan/puan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah." Katanya lagi.
 |
Tn Hj Asmuni dan DS Nizar menyampaikan duit raya
kepada kanak-kanak |
Langkah menyediakan pelbagai juadah oleh kalangan ahli sendiri telah dapat menjimatkan perbelanjaan berbanding jika makanan disediakan melalui tempahan katering.
 |
Sdr Samsuri tauke Mihun Sup sedang beraksi |
Lemang disediakan bersama rendang ayam dan daging mendapat perhatian utama pengunjung. Tidak ketinggalan Meehun sup yang di sumbangkan oleh peniaga sup pasar malam yang terunggul di Ipoh, saudara Samsuri.
 |
Awan Kawasan Gopeng bersama Datin Seri Fatimah |
 |
Bahagian buah dan aiskrim |
Tidak ketinggalan yang menjadi tumpuan utama terutamanya bagi golongan anak-kanak ialah aiskrim. Hmm... orang tua pun turut terlior dibuatnya!
0 Response to "Sambutan Hari Raya AMANAH GOPENG Meriah"
Posting Komentar