Loading...
Selepas Umum Bertanding Permatang Pauh, PAS Cakap Tak Lawan Pembangkang. Keputusan Pas meletak calon pada mana-mana kerusi dalam PRU14 nanti mungkin menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi tindakan itu bukan untuk melawan pakatan pembangkang.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas mempunyai pertimbangan tersendiri untuk meletakkan calon mereka bertanding.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang kesal dengan hasrat Pas untuk meletakkan calon di kubu kuat pembangkang termasuk di kerusi DAP.
Selepas Umum Bertanding Permatang Pauh, PAS Cakap Tak Lawan Pembangkang
Tony mendakwa tindakan itu secara jelas memperlihatkan Pas ingin menewaskan pakatan pembangkang pada PRU14 supaya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal menjadi perdana menteri.
Dalam pada itu Ahmad turut mencabar DAP meletakkan calon mereka untuk bertanding di kesemua kerusi di negeri ini.
Selepas Umum Bertanding Permatang Pauh, PAS Cakap Tak Lawan Pembangkang. "DAP nak letak semua calon mereka di Kelantan pun boleh," katanya. - bernama
Loading...
0 Response to "Selepas Umum Bertanding Permatang Pauh, PAS Cakap Tak Lawan Pembangkang"
Posting Komentar