Loading...

Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan

Loading...
Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan. Tindakan Sarawak mencari bahan rujukan berkaitan hak negeri itu mengikut Perjanjian Malaysia di London merupakan langkah tidak bijak.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu juga memperlihatkan Sarawak terdesak bagi mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dalam isu memperjuangkan hak tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, Ketua Menteri Sarawak pasti sedar hak Sarawak sama ada dari segi kedaulatan, ekonomi, imigresen, bidang kuasa undang-undang dan sebagainya termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan. “Perjanjian ini ditandatangani pada 9 Julai 1963 antara Kerajaan Persekutuan Melayu dan United Kingdom bersama Sarawak.

“Hampir 55 tahun Sarawak bersama Malaysia, nampaknya Abang Jo (Abang Johari Tun Openg) masih jahil perjanjian ini,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, Kerajaan Sarawak sepatutnya baca empat sudut Perjanjian Malaysia bagi ketahui dan menghadamkan hak yang ada pada Sarawak kerana menjadi prinsip undang-undang bahawa segala terma yang dipersetujui ini telah termaktub di dalamnya.

“Adalah sangat naif setelah 56 tahun terbentuknya Malaysia, Kerajaan Sarawak tiba-tiba beria-ia mahu mencari sumber rujukan baru sedangkan Perjanjian Malaysia sudah lama ditandatangani dan dilaksanakan.


Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan


“Kajian yang kononnya mahu dilakukan di London adalah sandiwara politik murahan Kerajaan BN Sarawak bagi yakinkan rakyat Sarawak kononnya Kerajaan Sarawak mahu buat tuntutan tambahan terhadap Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Tambahnya, ia sia-sia dan membazir wang rakyat. Melainkan ketua menterinya tidak percaya peguam negara lantikan Putrajaya dalam menasihati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sehingga terdesak merujuk ke London.

“Lebih baik ketua menteri menumpukan perhatian kepada masalah yang dihadapi rakyat Sarawak seperti masalah tanah, kesenjangan hak-hak suku kaum, pembangunan luar bandar dan pendidikan anak Sarawak.

Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan. “Usahlah mainkan semangat anti Malaysia dan perasaan rakyat Sarawak dengan mengheret ke kancah sandiwara politik,  sedangkan masalah empirical rakyat Sarawak tidak diselesaikan,” katanya. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan"

Posting Komentar