Loading...
Puak Lebai kata janji 100 hari Pakatan Harapan takda agenda Islam.. Hadam molek..
1. Hapuskan GST :
Cukai haram dikenakan pada rakyat miskin.. Itu agenda Islam..
2. Stabilkan harga minyak :
Allah kurniakan minyak di bumi Malaysia untuk dinikmati hasilnya oleh seluruh rakyat, bukan untuk dibebankan dengan dijual dengan harga mahal.. Itu agenda Islam.
3. Meringankan Beban Rakyat: Kerajaan wajib memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang selesa tanpa bebanan kos sara hidup yg tinggi. Itu Agenda Islam.
4. Reformasi Terhadap Sistem dan Institusi Kerajaaan :
Perlu lakukan perubahan terhadap sistem dan institusi negara ini seperti sistem kehakiman atau perundangan, sistem pendidikan dan sebagainya agar lebih menjurus kepada keadilan dan kesejahteraan rakyat. Itu Agenda Islam.
5. Memerangi Rasuah :
Rasuah antara dosa besar dalam Islam dan wajib diperangi. Memerangi rasuah ialah Agenda Islam.
6. Menubuhkan Siasatan DiRaja Dalam Menyiasat Skandal 1MDB :
Setiap penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan apatah lagi yang membebankan rakyat walaupun melibatkan pimpinan kerajaan wajib disiasat dengan adil untuk diambil tindakan. Itu Agenda Islam.
7. Memulihkan FELDA :
Apabila didapati terlalu banyak penyelewengan dan salahlaku berlaku di dalam felda, kerajaan wajib menyiasat dan mengambil tindakan serta memulihkan kembali Felda kepada objektif asalnya untuk membantu warga Felda. Membantu rakyat yang teraniaya juga Agenda Islam.
Agenda Islam bukannya sekadar sebat orang di khalayak ramai dan tebang balak.. Islam itu rahmat untuk semua.. Faham..??? ~ sumber
Mari kita sama-sama mengundi Pakatan Harapan kerana terbukti Agenda Islam memang ada pada Pakatan Harapan!
Loading...
0 Response to "Tujuh Janji HAR^PAN bukti Agenda Islam"
Posting Komentar