Loading...

95% Ahli PKR Bersama Rafizi – ADUN Batu Caves

Loading...
Suara Kebenaran




Tindakan Naib Presiden PKR, YB Rafizi Ramli memohon supaya diadakan Kongres khas PKR bagi membincang soal mengadakan kerjasama dengan PAS disebalik ketetapan Pakatan Harapan yang menolak semua kaitan dengan parti itu, mendapat sokongan 95% ahli PKR, menurut sumber yang rapat dengan ADUN Batu Caves Amirudin Shaari.

Lagipun apa yang salahnya dengan minta diadakan Kongres PKR bagi membincangkan soal kerjasama tersebut?  Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan memandangkan Kongres terdahulu telah membuat keputusan untuk memutuskan semua kerjasama dengan PAS kecuali di Selangor?

Biar ahli akar umbi parti membuat keputusan sama ada perlu diadakan kerjasama dengan PAS atau tidak.  Ini soal dasar, soal prinsip dan hak itu perlu dikembalikan kepada ahli parti – bukan seorang dua pemimpin sahaja.  Itu tidak demokratik namanya.

Menggunakan nama Datuk Sri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan turut disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab kerana kita perlu mendengar sendiri perkara itu keluar dari mulut beliau, bukan melalui utusan dan lain-lain.

Tidak kira apa pun alasannya, hak akar umbi tidak boleh dinafikan. Lagipun bekerjasama dengan PAS ini bermaksud mengkhianati piagam Pakatan Harapan yang telah ditandatangani antara lain oleh Menteri Besar Selangor sendiri, kata sumber yang berkenaan lagi.

Apakah nanti respon rakan-rakan PKR dalam Pakatan Harapan sedangkan kita sebenarnya lebih memerlukan mereka daripada PAS, kata sumber yang berkenaan mengakhiri perbualan.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "95% Ahli PKR Bersama Rafizi – ADUN Batu Caves"

Posting Komentar