Loading...
Foto hiasan via Google |
Kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu menyebabkan pelajar berusia 16 tahun terbabit cedera di belakang badan dan kaki.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan, dan seorang daripadanya ditahan di Unit Kecemasan.
Mangsa mendakwa dipukul bertubi-tubi dan ditendang kumpulan pelajar itu.
Ketua Polis Daerah, Assisten Superintendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Pagi ini, seramai 15 orang daripadanya dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan.
Perintah reman selama empat hari hingga Sabtu itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Roszita Md.Saad mengikut Seksyen 147 kerana merusuh.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan begeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Kami telah meminta pihak kolej vokasional membuat laporan polis mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Pihak sekolah mesti proaktif dan cakna terhadap sebarang insiden dengan mengambil tindakan pantas serta memaklumkan sebelum kes ditularkan,” katanya.
Sumber - UTUSAN ONLINE
Loading...
0 Response to "Dua pelajar kolej vokasional cedera dibelasah 20 senior"
Posting Komentar