Loading...

[GEMPAR, TERKINI] Pemandu bekas AG kena tembak

Loading...

Dua lelaki yang tidak dikenali diaporkan menembak dan mencederakan pemandu bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di rumah mangsa, di Ampang Perdana, Kuala Lumpur, pagi ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, seorang lelaki dilaporkan menghampiri mangsa dengan alasan mahu bertanya tentang jalan sebelum menembaknya di kaki.

Menurut China Press, polis sedang menyiasat motif serangan dan cuba mengenal pasti penyerang berkenaan.

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan bahawa penyerang cuba memberi amaran dan dengan itu menembak mangsa di kaki.

Menurut laporan itu, mangsa hanya dikenalpasti sebagai Mustafa, dan memaklumkan bahawa beliau telah bekerja sebagai pemandu kepada Abdul Gani sejak Januari tahun ini.

Adalah dilaporkan bahawa pada waktu kejadian, pintu depan rumah dibuka ketika mangsa bersiap-sedia mahu pergi bekerja.
Penyerang kemudian melarikan diri dengan motosikal. - MK
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[GEMPAR, TERKINI] Pemandu bekas AG kena tembak"

Posting Komentar