Loading...

JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli

Loading...
Fot via FB Mahdzir Khalid
PADANG BESAR 13 Ogos - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kuasa penuh menangani kes-kes buli di sekolah termasuk mengambil tindakan membuang sekolah pelajar yang terlibat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan pertimbangan di peringkat daerah dan negeri.

Beliau menolak penubuhan unit tertentu di peringkat kementerian itu bagi menangani kes buli kerana menganggap ia tidak perlu.

"Tidak boleh bawa semua kes ke Kuala Lumpur (Kementerian Pendidikan). Apa yang penting pihak sekolah dan PPD perlu bertegas dalam hal ini (buli).

"Selesaikan sahaja kes ini di peringkat negeri dan kalau perlu (serius), ambillah tindakan buang sekolah kalau sudah menjadi ketua pembuli," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Padang Besar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar.

Beliau diminta mengulas kes buli yang terus berlaku hampir setiap bulan kebelakangan ini dengan kejadian terbaharu dikesan dan ditularkan yang berlaku di Sabah kelmarin.

Sumber:- UTUSAN ONLINE

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli"

Posting Komentar