Loading...
Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Indera Mahkota Pahang hari ini |
"Agak pelik dan mengelirukan", itulah kata-kata orang kampung terutama penyokong PAS apabila melihat gelagat pemimpin UMNO peringkat Bahagian yang bermesyuarat pada masa ini.
Tidak pernah berlaku pemimpin UMNO memakai kopiah putih atau baju berwarna hijau semasa mesyuarat perwakilan Bahagian.
Sudah menjadi tradisi orang UMNO akan sentiasa bersongkok dan berbaju Melayu warna Merah atau Biru. Manakala kopiah putih, jubah dan baju warna Hijau amat sinonim dengan PAS dan kedua-dua parti tersebut tidak akan memakai pakaian dengan warna dipihak lawan.
Ada penyokong PAS bertanya, "adakah mereka mahu memikat kita dengan berpakaian begitu?" Penyokong PAS seorang lagi menyatakan "Jangan harap lah aku nak bersama UMNO, sampai kiamatpun aku tidak akan bersama. Amanat Tuan Guru Nik Aziz akan kekal hingga aku mati".
Beberapa Pemimpin UMNO Ampang memakai BAJU HIJAU semasa Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang 2017 yg telah dirasmikan oleh DS Ismail Sabri.
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Langat 2017.
Loading...
0 Response to "Kenapa KOPIAH PUTIH, BAJU HIJAU, JUBAH warnai Mesyuarat Perwakilan UMNO 2017"
Posting Komentar